Oscar Dihukum Gantung 8 Perlawanan Kerana Cetuskan Kekecohan

Tempoh hari bekas pemain Chelsea yang kini beraksi di Chinese Super League (CSL), Oscar telah menimbulkan suasana kecoh ketika perlawanan berlangsung.

Hal ini kerana, pemain tersebut telah mencetuskan pergaduhan yang dahsyat selepas beliau membuat keputusan untuk merembat dua pemain lawan ketika perlawanan berlangsung.

Sehingga kini, kami masih tak faham kenapa beliau berbuat demikian.

Situasi itu berlaku ketika perlawanan CSL membabitkan Shanghai SIPG menentang Guangzhou R&F yang berakhir dengan kedua-dua pasukan terikat 1-1.

https://www.youtube.com/watch?v=vdacFnCRCqs

Ekoran daripada kekecohan yang dilakukan oleh Oscar itu, FA China bertindak untuk menghukum Oscar dengan menggantung beliau dari beraksi sebanyak 8 perlawanan.

Hukuman ini menyebabkan Oscar tidak dapat bermain sehingga 13 Ogos 2017.

Selain itu Oscar juga didenda sebanyak $5 ribu.

Oscar dianggap telah melakukan kesalahan yang memberikan kesan negatif yang cukup besar kepada bola sepak China dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh FA China.

“Kesalahan besar Oscar yang menimbulkan situasi tegang telah memberikan impak negatif yang cukup besar kepada bola sepak China.”

Diharap kesalahan Oscar ini dapat menjadi pengajaran buat kesemua pemain bola sepak profesional di seluruh dunia.

Sumber:

  1. Goal (2017): Oscar banned mammoth eight games after inciting China brawl; http://www.goal.com/en-gb/news/4160/extra-time/2017/06/22/36545142/oscar-banned-for-mammoth-eight-games-after-inciting-china

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN