Orang Lain Belum Dapat, Tapi TMJ Sudah Main FIFA23 Dulu

TMJ

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ) sekali lagi menunjukkan yang dirinya adalah individu yang terdepan untuk menikmati apa-apa saja yang menarik.

Jika sebelum ini, TMJ menjadi orang pertama yang mengetahui kesebelasan utama Harimau Malaya menentang Thailand tempoh hari, kini pemilik JDT itu pula mendahulu semua dalam bermain FIFA23.

Baru-baru ini, JDT memuat naik gambar TMJ sedang mencuba edisi terbaharu FIFA keluaran EA Sports itu yang bakal dilancarkan secara rasmi minggu ini.

“DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor adalah antara individu terawal yang dapat mencuba permainan baharu FIFA23 oleh EA Sports sebelum pelancaran global minggu ini. Luaskan Kuasamu Johor,” kata JDT menerusi laman Facebook mereka.

Akses awal yang diterima oleh TMJ ini adalah hasil kerjasama dengan pihak GamesBond yang merupakan pengedar FIFA23 di Malaysia.

“Terima kasih kepada EA Sports Asia dan GamesBond untuk tajaan edaran FIFA23. Terharu dapat menjadi yang pertama untuk mencubanya.

“Teruja untuk menantikan lebih banyak kerjasama di masa akan datang,” kata TMJ di Twitternya.

FIFA23 merupakan edisi terakhir permainan tersebut melibatkan kerjasama antara EA Sports dan juga FIFA.

Bermula tahun hadapan, EA Sports akan mengeluarkan permainan video bola sepak mereka sendiri yang diberi nama EA Sports FC.

Untuk edisi terakhir ini, FIFA23 memilih Kylian Mbappe dan bintang bola sepak wanita Australia iaitu Sam Kerr sebagai muka depan bagi permainan video itu.

FIFA23 akan dikeluarkan di semua platform permainan video iaitu PlayStation, Xbox dan juga PC dengan dua variasi dihasilkan iaitu Standard Edition dan Ultimate Edition.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN