Opta Keluarkan Statistik Unik, 3 Pemain Pertahanan Yang Masih Tak Mampu Digelecek

‘You shall not pass’, itu antara perkataan dan memes yang kerap digunakan peminat bola sepak untuk pertahanan kental pasukan masing-masing.

Opta mengeluarkan statistik unik melibatkan pertahanan dalam 5 liga utama Eropah musim ini. Terdapat 3 pemain pertahanan yang mencipta rekod luar biasa. Di mana mereka masih belum berjaya dilepasi oleh pemain lawan dengan gelecekan selepas beraksi sekurang-kurangnya 1,000 minit

Berikut adalah 3 nama tersebut. Apa yang pasti ada 2 nama yang ada kaitan dengan Sampdoria di dalam senarai.

1. Virgil Van Dijk (Liverpool)
LIVERPOOL, ENGLAND – DECEMBER 16: Romelu Lukaku of Manchester United and Virgil van Dijk of Liverpool during the Premier League match between Liverpool FC and Manchester United at Anfield on December 16, 2018 in Liverpool, United Kingdom. (Photo by Robbie Jay Barratt – AMA/Getty Images)

Benteng pertahanan tinggi lampai Liverpool ini paling cemerlang. Beliau sudah bermain 2,665 minit musim ini untuk The Reds tanpa mampu digelecek oleh mana-mana pemain.

Van Dijk juga telah melakukan 30 bentesan bersih ke atas pemain lawan setakat ini. Van Dijk telah menjadi pemain penting dalam memperbaiki statistik pertahanan di Liverpool sejak menyertai pasukan tersebut.

Nampaknya Liverpool telah membelanjakan £75 juta dengan sebaik mungkin ke atas pemain ini.

2. Alessio Romagnoli

“Saya tidak perlu meletakkan tag harga kepada beliau, jika ada tag, ada orang akan berminat untuk membeli.” Itulah kenyataan oleh Gennaro Gattuso ketika ditanya tentang berapa tanda harga Romagnoli.

Beliau menjadi pertahanan yang cemerlang di Serie A dan juga memiliki rekod unik musim ini. Romagnoli masih belum dilepasi sebarang gelecekan selepas 1,980 minit beraksi di atas padang.

Romagnoli juga berjaya melakukan 20 bentesan bersih ke atas lawan. Romagnoli menjadi antara bek tengah yang menjadi sasaran banyak kelab Eropah yang lain. Dan pastinya beliau tidak murah.

Chelsea, Manchester United antara beberapa nama besar yang mahukan Romagnoli.

AC Milan membeli beliau daripada AS Roma dengan nilai £22 juta. Romagnoli lebih dikenali dengan aksi beliau ketika bersama Sampdoria – dalam tempoh pinjaman. Ketika di Sampdoria beliau menunjukkan kualiti luar biasa. Itu yang membuatkan Roma mengaktifkan klausa beli balik daripada Sampdoria.

Namun selepas itu, Romagnoli menyatakan hasrat beliau mahu ke AC Milan yang ketika itu mendapatkan Leonardo Bonucci.

3. Omar Colley (Sampdoria)

Selain daripada prestasi luar biasa penyerang veteran Fabio Quagliarella, pasukan Sampdoria turut memiliki pemain pertahanan kental berusia 26 tahun, Omar Colley.

Beliau dianggap Koulibaly versi lebih murah. Pengendali Juve, Max Allegri, antara yang pernah memuji kualiti Colley.

Pemain pertahanan dari Gambia ini sudah beraksi 1,170 minit tanpa mampu dilepasi walau satu gelecekan pun daripada penyerang lawan.

Beliau sudah melakukan 14 bentesan bersih setakat ini. Sampdoria hanya membayar £7.5 juta untuk pemain ini kepada Genk. Rasanya, Sampdoria bakal buat duit tidak lama lagi daripada penjualan Omar Colley. Ini kerana beliau sudah mulai menjadi perhatian kelab gergasi Eropah yang lain terutama sekali di Itali.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN