Ong Kim Swee Umum 22 Pemain Ke China Untuk Aksi Persahabatan

Persiapan skuad Malaysia bawah 23 tahun negara (B-23) bagi menghadapi saingan Sukan Asia di Indonesia sedikit terjejas apabila mereka kehilangan 2 penyerang iaitu Jafri Firdaus Chew yang cedera hamstring dan Hadi Fayyadh yang akan ke Jepun jalani sesi percubaan.

Dengan situasi terbaru itu, Kim Swee hanya akan membawa 22 pemain saja ke China bagi aksi persahabatan dengan skuad B-23 China di Stadium Changzhou Olympic Sports Center pada Ahad ini (5 Ogos 2018) dengan sepak mula jam 7.35 malam.

Senarai pemain skuad Malaysia B-23 ke China.

“Jafri terpaksa digugurkan kerana mengalami kecederaan hamstring ketika latihan semalam, dia memerlukan masa empat minggu untuk pulih, kita tak mempunyai banyak pilihan, hanya 22 pemain akan ke China.

“Kita mempunyai satu perlawanan persahabatan dengan China, di situ saja kita boleh nilai pemain dan jika masalaah kecederaan menimpa, itu sesuatu di luar kawalan saya, kalau ia berlaku juga kemungkinan kalau saya mahu Hadi ke Indonesia, saya akan bawa dia terus ke Indonesia, ini terpulang kepada keadaan di China dan apa yang berlaku sebelum kita ke Bandung (Sukan Asia),” katanya seperti dipetik dalam Berita Harian.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin memberi taklimat kepada pemain ketika sesi latihan semalam. FOTO: FAM

Selain Jafri dan Hadi, skuad negara turut kehilangan Aidil Zafuan Abd Radzak dan Syamer Kutty Abba yang mengalami kecederaan serta Nor Azam Azih dan Matthew Davies yang tidak mendapat pelepasan daripada Pahang.

Hadi Fayyad cuba nasib dengan kelab Roasso Kumamoto

Sedar ia peluang sekali seumur hidup, penyerang JDT dan skuad bawah 19 tahun negara, Hadi Fayyadh Abdul Razak akan melakukan yang terbaik untuk memikat Roasso Kumamoto sepanjang enam hari menjalani sesi pemilihan bersama kelab divisyen dua Liga Jepun (Liga J) itu.

Jika berjaya, pemain kelahiran Tanjung Malim itu berjanji tidak akan mengikut jejak beberapa pemain terdahulu yang hanya bermain dalam tempoh singkat, sebaliknya dia mahu kekal lebih lama.

Hadi Fayyadh adalah antara pemain termuda yang dipanggil ke kem latihan pusat skuad Malaysia B-23. (Gambar: FAM)

“Saya akan ke sana pada 5 Ogos ini bersama bapa dan akan menjalani pemilihan enam hari sebelum pulang ke tanah air. Sudah pasti saya akan memberi yang terbaik dan cuba memikat pengurusan kelab tersebut.

“Ini cabaran dan peluang terbaik untuk saya dalam usia yang masih muda. Kita tahu tahap bola sepak Jepun jauh lebih baik berbanding Malaysia dan saya mahu menetap serta mempelajari seberapa banyak teknik dan kemahiran di sana nanti,” katanya kepada Utusan Online.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN