Perth Glory Bakal Uji Sarawak Dalam Perlawanan Pramusim

Kelab dari Hyundai A-League, Perth Glory mengumumkan jelajah pra musim mereka di Sarawak selama 8 hari bermula 9 Ogos 2018 ini sebagai persiapan menghadapi musim baharu liga domestik mereka.

Skuad ‘The Glory’ itu yang menamatkan musim 2017/2018 Hyundai A-League di kedudukan 8 dari 10 pasukan bertanding dijadualkan akan menentang pasukan Sarawak FA pada 11 Ogos dan 15 Ogos 2018. Kedua-dua perlawanan tersebut akan diadakan di Stadium Negeri Petra Jaya, Kuching.

Perlawanan Persahabatan itu juga diadakan bagi merebut Piala Simposium. Piala Simposium ini diadakan bersempena dengan Simposium Bolasepak Antarabangsa yang julung kalinya dianjurkan oleh Persatuan Bolasepak Sarawak dari 10 sehingga 12 Ogos 2018 bertempat di Waterfront Hotel, Kuching.

Beberapa muka lama Perth Glory akan mengendalikan Sarawak FA seperti Ian Gillan dan Alan Vest – bekas jurulatih Sarawak selama 6 musim pada era 90an.

Selain itu, dengan wujudnya aktiviti seperti ini, hubungan diantara kedua-dua buah kelab telah bertambah kuat beberapa bulan kebelakangan ini dan penasihat Perth Glory, Tiny Hughes merasakan trip ini akan mengeratkan lagi kerjasama diantara kedua-dua buah pasukan.

“Ini satu perkembangan yang menggembirakan untuk semua”, kata Tony Hughes.

“Sarawak kini sedang berada dalam proses transisi dengan pihak pengurusan dilihat mahu membangunkan pasukan untuk muncul sebagai ‘power house’ bola sepak di Malaysia.”

“Hubungan timbal balik diantara kelab menawarkan satu peluang kepada Sarawak untuk belajar daripada akademi Perth Glory serta mengenai struktur pembangunan pemasaran dan bagi kami pula membuka saluran untuk membina ‘fan base’ di Asia.”

“Ini juga bermakna kami telah mempunyai akses kepada fasiliti yang baik dimana akan membantu kami memenuhi aspirasi AFC Champions League di masa depan.”

Barisan jurulatih Peth Glory juga akan mengambil bahagian dalam ‘Sports Symposium’ ketika kunjungan ini bagi berkongsi ilmu berkaitan ‘strength and conditioning’ dan ‘training rejimes’ serta menjadi panel kepada perbincangan.

Tiket perlawanan itu akan dijual pada harga RM15 (Covered Terrace A/B) & RM10 (Open Terrace A/B). Setiap pembelian tiket akan melayakkan anda untuk cabutan bertuah hadiah-hadiah menarik pada malam tersebut nanti.

Bagaimanapun, tarikh da tempat jualan tiket akan dimaklumkan oleh pihak Sarawak FA dalam masa terdekat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN