Ong Kim Swee Masih Rahsiakan Indentiti Pemain Senior Untuk Skuad Sukan SEA

Sekurang-kurangnya tujuh pemain sudah berada di dalam minda pengendali skuad Bawah-23 negara, Datuk Ong Kim Swee untuk memperkuatkan skuad Sukan SEA Filipina pada November hadapan.

Namun demikian, beliau masih belum mahu mendedahkan identiti pemain-pemain tersebut.

Mengulas perkara tersebut kepada Arena Metro, beliau dipetik sebagai berkata:

Gambar: Football Tribe

“Saya menyenaraikan kira-kira enam atau tujuh pemain lebih umur [sebagai persiapan] jika berlaku sebarang kecederaan.

“Ini memandangkan perlawanan membabitkan pasukan kebangsaan hanya akan berakhir pada 19 November, beberapa hari sebelum kita berlepas ke Manila.

“Jadi, buat masa ini saya tidak boleh menamakan pemain yang lebih umur itu, tapi sudah pasti saya menyenaraikan pemain di bahagian serangan, tengah dan pertahanan dalam senarai 40 pemain yang sudah dipilih setakat ini,” katanya semalam.

Kim Swee turut berkata ia sukar untuk membayangkan skuad bayangan sekarang disebabkan skuad kebangsaan sendiri memiliki sehingga enam pemain yang berusia 22 tahun.

Para pemain mendengar arahan Ong Kim Swee ketika sesi latihan pada Februari lalu. FOTO: FAM

“Jika dilihat senarai pasukan kebangsaan, kita ada enam pemain bawah 22 tahun termasuk dua pemain lebih umur. J

“Jadi, untuk dapatkan kesebelasan utama hanya pada sesi latihan nanti dan sebelum ke Manila,” katanya lagi.

Mengakui tidak ada masalah dengan pemilihan pemain, beliau juga berkata keutamaan sekarang ialah untuk pasukan kebangsaan. Beliau juga menyedari pasukan-pasukan lain seperti Vietnam, Indonesia dan Thailand turut mengalami masalah yang sama.

Untuk Sukan SEA di Filipina, beliau yakin pasukan negara kali ini mampu untuk meraih pingat.

“Kali ini pasukan B-23 ada peluang untuk raih pingat, tapi saya tidak boleh janjikan pingat apa. Sudah pasti setiap rakyat mahu [pingat] emas,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN