Ong Kim Swee Mahu Malaysia Jadi Tuan Rumah AFC B-23 Pada Tahun 2020

Datuk Ong Kim Swee pada bulan lepas mencipta kejayaan terbesar dalam karier beliau sebagai jurulatih. Beliau meletakkan Malaysia B-23 dalam kelompok 8 terbaik Asia pada kejohanan AFC B-23.

Malaysia menjadi negara Asia Tenggara pertama layak ke suku akhir kejohanan ini dalam sejarah. Beliau memuji komitmen para pemain beliau di dalam dan di luar padang sepanjang kejohanan itu.

Namun begitu, beliau masih belum puas dan mahu mencipta lebih banyak kejayaan pada masa yang akan datang. Sasaran beliau selepas ini ialah membawa skuad bola sepak Malaysia layak ke sukan Olimpik 2020 di Tokyo.

Bercakap kepada Berita Harian, beliau mahu Malaysia membida hak sebagai tuan rumah Kejohanan AFC Bawah 23 Tahun pada tahun 2020.

Sesi latihan pusat skuad Malaysia B23 di Wisma FAM bulan lalu.

“Bagi saya ini adalah satu usaha yang baik oleh FAM di mana mahu membida untuk menjadi tuan rumah pusingan akhir kejohanan itu. Jika berjaya, selaku tuan rumah kita tak boleh terlalu selesa kerana ia bukan jaminan untuk kita mendapat kejayaan tapi sekurang-kurangnya dengan sokongan padu penyokong, ia akan memberi impak berlainan kepada pemain kita.

“Jelas langkah ini yang turut dipersetujui oleh Presiden FAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuktikan FAM sudah membuat persiapan rapi untuk menghadapi kejohanan itu. Meskipun kita masih ada tempoh dua tahun, kita mesti membuat perancangan awal dan langkah pertama adalah dengan membida hak selaku tuan rumah,” katanya.

Menurut laporan akhbar, perancangan untuk membida hak tuan rumah pusingan akhir Kejohanan AFC B-23 2020 diumumkan oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin kelmarin sebagai usaha untuk membantu skuad muda negara merebut tiket ke Sukan Olimpik selepas kali terakhir di Moscow 1980.

Hamidin turut mengesahkan Malaysia akan hantar skuad terbaik ke Sukan Asia di Indonesia tahun ini walaupun pada mulanya Kim Swee bercadang mahu menghantar skuad Bawah 21 Tahun untuk pendedahan di peringkat antarabangsa.

“Kita akan menghantar skuad B-23 ke Sukan Asia, cuma bila masanya nanti, saya akan lihat bagaimana pemilihan pemain itu kerana Liga Malaysia sedang berjalan,” kata kim swee.

“Kita ada beberapa cadangan seperti membawa pemain berusia 21 tahun sekarang ke Sukan Asia. Tapi kita kena tahu, kita tak boleh meletakkan apa-apa sasaran. Kalau kita ada sasaran, kita perlu hantar skuad terbaik.

“Jika tiada sasaran, saya lebih rela membawa pemain bawah 21 tahun di mana semua kelab gabungan, harus memberi pelepasan pemain ini. Kita tak meminta pemain berusia 23 tahun tapi pemain berusia 21 tahun ke bawah sebagai persiapan kita ke kelayakan AFCB-23 2019,”jelasnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN