Quantcast

ANALISIS TAKTIKAL KAJIAN & FAKTA

Video: Ini Cara Perak Menyusahkan Kedah Dengan ‘Pressing’ Intensif

Sistem ‘pressing’ Perak semalam memang agresif. Bagi setengah pundit, mereka akan cakap ia adalah sistem tempah maut sebab meletakkan pertarungan ‘man vs man’ di semua kawasan jika lawan ada pemain berteknikal lebih baik.

Sistem ini adalah zonal marking yang berorientasikan tekanan kepada pemain ke pemain. Mehmed jelas dan sediakan plan taktikal yang agresif untuk pasukan Kedah. Kenapa Mehmed yakin dengan sistem ini. Mungkin ini alasan beliau:

1. Kedah sedang tercari-cari cara bermain bola sepak
2. Kedah masih tak terurus secara taktikal di semua zon

Jadi, beliau bermain agresif dan cuba memanipulasi perlawanan ini untuk menang. Ini peluang terbaik jika mahu menang menentang Kedah.

Mereka pressing pemain Kedah dengan menekan secara 1 v 1. Mereka tak kisah di zon serangan, tengah atau pertahanan. Secara asasnya sistem ini memang berasaskan gerakan agresif dan dilakukan dengan intensif secara berterusan.

Ianya sebenarnya ada kelemahan tetapi Kedah gagal dedahkan kelemahan itu kerana mereka tak ada pelan taktikal yang jelas dalam perlawanan ini. Semua gerakan mereka banyak yang mudah dipatahkan Perak.

Sistem Mehmed ini sebenarnya memakan stamina yang banyak. Tapi jika ia dilakukan dengan banyak kejayaan, pemain akan bermotivasi dan ia menjadi tonik untuk terus melakukannya dengan intensif dan ekstensif.

Apabila mental mereka ‘enjoy’ melakukannya, fizikal akan terdorong untuk melakukannya dan seperti terasa tak letih. Dah sama macam konsep endorphin dalam badan.

Sistem ini tiada formasi yang terlalu sistematik, sebaliknya lebih kepada tanggungjawab pemain untuk menekan dan ‘cover’ rakan mereka dalam prinsip ‘doubling defending’.

Sistem ini membuatkan pemain-pemain Kedah hilang fokus dan melakukan kesilapan serta ‘mental pemain Kedah tidak berada dalam perlawanan.’ Saksikan di sini.

Walaupun nampak kasar, tetapi ia berkesan. Mehmed sebenarnya mahu merosakkan mood Kedah ketika mereka ada bola dan pada masa yang sama, menewaskan garisan pertahanan Kedah ketika mereka hilang fokus.

Ia adalah sistem yang meletakkan pemain vs pemain di semua bahagian. Tidak pasti Perak akan dapat mengekalkan sistem ini dalam perlawanan akan datang dalam jadual lebih padat.

Apa yang jelas pelan ini berkesan mendapat mata daripada pasukan pilihan dalam keadaan mereka (Kedah) sedang mencari pasukan utama musim ini.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!