Ong Kim Swee: “Jika Minat Pemain Sabah, Lakukan Secara Profesional”

Pengendali utama Sabah, Datuk Ong Kim Swee menegaskan kepada media supaya tiada gangguan dibuat kepada para pemain beliau yang dianggap hanya akan mengganggu fokus untuk aksi mereka pada hari ini.

Sabah bakal menghadapi satu lagi perlawanan peringkat Kumpulan H dalam saingan AFC hari ini di Likas dengan aksi seterusnya membabitkan pasukan tersebut menentang PSM Makassar.

Terdahulu, The Rhinos telah pun berjaya melayakkan diri ke pusingan seterusnya dengan lebih awal selepas mereka unggul untuk menjadi juara bagi Kumpulan H.

Walaupun begitu, aksi pada hari ini tentunya turut ingin dinoktahkan kepada kemenangan bagi menaikkan lagi motivasi mereka selain mengekalkan momentum positif sejak lima perlawanan lalu.

Disebabkan itu Kim Swee begitu bertegas mengenai isu khabar angin perpindahan para pemainnya untuk saingan musim hadapan yang dianggap mampu mengganggu fokus persiapan mereka.

Malah pengendali tersebut turut mengingatkan jika ada mana-mana pihak berminah untuk mendapatkan pemainnya yang masih mempunyai baki kontrak musim depan, ia perlu dibuat secara profesional.

Apapun, Kim Swee turut memahami situasi semasa kini menjelang penghujung musim dengan situasi perpindahan akan tiba, tetapi kebanyakannya masih lagi mempunyai baki kontrak.

“Apa yang kita baca dalam media sosial atau ura-ura mengenai beberapa pemain (bakal meninggalkan pasukan), biar saya jelaskan di sini.

“Pertama, beberapa pemain masih ada kontrak bersama Sabah FC hingga hujung 2024.

“Kalau (berita itu) datang dari media sosial, kita jangan percaya. Jika ada pasukan berminat dengan pemain Sabah FC, saya minta lakukan secara profesional.

“Kita tahu apabila hujung musim, pancing-memancing biasa berlaku, tapi dengan ada perlawanan penting esok dan perlawanan terakhir liga Ahad nanti, saya tidak ingin pemain saya diganggu dan saya harap semua pihak faham,” katanya menerusi laporan daripada Harian Metro.

Pada masa sama, beberapa pemain Sabah yang dikhabarkan bakal berpindah pada musim hadapan ialah Ramon Machado, Miguel Cifuentes, Rizal Ghazali, Daniel Ting, serta beberapa nama lagi.

Apapun, ianya masih lagi belum diputuskan lagi mengenai hala perjalanan para pemain tersebut dengan perbincangan dijangka akan dibuat pengendali tersebut bersama pengurusan tertinggi Sabah tidak lama lagi.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN