Ong Kim Swee Cuba ‘Melihat’ Jauh Ke Depan

Ketua Unit Pembangunan Belia Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Ong Kim Swee menjelaskan yang ketika ini pihaknya memerlukan sekurang-kurangnya beberapa perancangan bagi membolehkan skuad B-19 negara sentiasa bersedia.

Skuad remaja negara sepatutnya akan bersaing di Kejohanan AFC B-19 di Uzbekistan pada 14 hingga 31 Oktober depan. Misi utama skuad tersebut adalah untuk menjadi empat pasukan terbaik serta layak ke Piala Dunia Remaja 2021 di Indonesia.

Dengan pandemik COVID-19 yang sedang melanda seluruh dunia ketika ini, semua perancangan terpaksa dibatalkan dan menurut Ong Kim Swee, ketika ini mereka juga tidak pasti sama ada kejohanan tersebut akan dilangsungkan ataupun tidak.

“Kami terpaksa membatalkan dua tugasan untuk skuad tersebut. Sejujurnya, kami juga tidak tahu bagaimana status kejohanan tersebut, banyak perkara yang tidak pasti ketika ini,” ujar bekas pengendali skuad B-23 negara itu kepada The Star.

“Namun, kita tidak boleh hanya menanti, kita perlu merancang sesuatu. Jika sebelum ini, kita hanya ada pelan A, B dan C, kini kita perlu ada pelan D, E, F dan G.

“Kita perlu ada bayangan sendiri, bilakah perlawanan bola sepak akan dibenarkan untuk dilangsungkan semula bagi membolehkan kita mula merancang latihan pusat dan seterusnya perlawanan persahabatan,” ujar Ong Kim Swee lagi.

Menurut Ong Kim Swee lagi, hanya perbincangan bersama pengendali skuad B-19, Brad Maloney boleh dilakukan ketika ini dengan merancang pelan akan datang. Mujur buat mereka, isu ini adalah global dan bukan hanya melibatkan skuad negara sahaja.

“Buat masa sekarang, apa yang boleh kita lakukan adalah kita sedang berbincang perancangan bersama Brad [Maloney]. Positifnya adalah, perkara ini melibatkan semua pasukan di seluruh dunia, jadi semua menghadapi masalah yang sama.

“Korea Selatan, Jepun, Arab Saudi dan Iran adalah pasukan yang lebih kuat daripada kita, tetapi kita semua sedang menghadapi masalah yang sama. Ini pastinya mampu mendekatkan jurang pasukan kuat dan yang lemah,” jelas Ong Kim Swee.

“Empat minggu tanpa bola sepak memang akan menjejaskan para pemain,” tambahnya lagi sambil mengharapkan para pemain kekal berdisiplin sepanjang berada di rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan ini.

KREDIT FEATURED IMAGE: FAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN