Ong Kim Swee Bakal Menguji Muka Baharu Dari Kejohanan SUKMA

Beberapa muka baharu yang berjaya memikat hati pengendali skuad bawah 23 tahun kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) di Ipoh, Perak bulan lalu akan dipanggil ke kem latihan pusat skuad negara.

Pemain ini bakal diuji dalam kejohanan Piala Newspaper di Vietnam pada bulan Disember ini bagi membentuk barisan yang mantap sebelum menghadapi pusingan kelayakan Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang turut menawarkan tiket ke Olimpik Tokyo 2020 Mac depan.

Kim Swee berkata kepada Berita Harian, beberapa tonggak utama seperti Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Nik Akif Syahiran Nik Mat tidak akan beraksi pada kejohanan jemputan di Vietnam itu nanti.

“Sebelum kelayakan nanti, kita akan memanggil pemain hujung bulan depan dan akan menyertai Piala Newspaper di Vietnam pada pertengahan Disember.

“Jadi, itu perancangan pertama kita sebelum kelayakan AFC pada Mac. Pemain utama skuad B-23 tidak akan dipanggil menyertai kejohanan ini kerana sudah beraksi banyak perlawanan bersama pasukan masing-masing.

“Namun, apa yang menariknya, ketika di SUKMA tempoh hari ada beberapa pemain menunjukkan aksi baik yang saya kira mampu mengisi slot-slot tertentu.

“Jadi, apa yang saya akan lakukan di Piala Neswpaper ini, saya akan menilai mereka sebelum memanggil mereka semula pada bulan Mac nanti bersama skuad sedia ada dan pemain dari pasukan B-19 kendalian Bojan Hodak,” katanya.

Sesi latihan pusat skuad Malaysia B23 di Wisma FAM.

Skuad B-23 negara sepanjang tahun ini mempamerkan prestasi yang cemerlang sehingga menjadi bualan peminat bola sepak tanah air.

Bermula dengan kejutan mara hingga ke suku akhir kempen AFC di China Januari lalu, rentak cemerlang itu kemudiannya diteruskan pada temasya Sukan Asia yang menyaksikan Malaysia membuat kejutan terbesar apabila menewaskan Korea Selatan 2-1 yang diketuai oleh bintang Tottenham Hotspur, Son Hyeung Min.

Biarpun berjaya muncul selaku juara Kumpulan E, hasrat skuad negara untuk mara ke peringkat lapan terbaik disekat oleh Jepun apabila Malaysia tewas tipis 0-1 di pusingan kedua temasya itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN