Omar Kharbin Bakal Sertai Skuad The Red Warriors?

Laporan daripada akhbar tempatan, Berita Harian hari ini melaporkan penyerang skuad kebangsaan Syria, Omar Maher Kharbin berada dalam radar Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) untuk dibawa masuk pada jendela perpindahan kedua musim ini.

Laporan itu turut menyebut, badan induk bola sepak negeri itu tidak menolak kemungkinan pemain itu bakal menyertai The Red Warriors (TRW) sekiranya dipersetujui ketua jurulatih pasukan, Fajr Ibrahim.

Presidennya KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan menjelaskan keputusan untuk mengambil pemain import baharu akan diputuskan selepas berbincang dengan Fajr Ibrahim.

“Mengenai Omar itu belum pasti lagi tetapi saya akan berbincang dulu perkara itu termasuk semua perancangan perpindahan keluar dan masuk bersama Fajer.

“Setakat ini yang sah tiada dalam perancangan pasukan adalah Amiridzwan Taj; Badhri Radzi; Morgaro Gomis dan Veenod seperti yang sudah dimaklumkan sebelum ini.” katanya.

Omar menerima anugerah pemain terbaik AFC tahun lepas.

Desas-desus TRW mahu beralih angin mendapatkan Omar Kharbin dari Syria hangat diperkatakan beberapa laman sosial penyokong pasukan setakat ini.

Omar yang kini beraksi dengan kelab Liga Utama Arab Saudi, Al-Hilal pernah diumumkan sebagai pemain terbaik asia 2017 dalam Anugerah Bolasepak Tahunan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang berlangsung di Bangkok tahun lepas.

Anugerah ini diberikan berdasarkan pencapaiannya dan prestasi yang menakjubkan dalam saingan AFC Champions League dan Kelayakan Piala Dunia 2018.

Pemain kelahiran Damascus itu mempunyai 36 penampilan bersama skuad kebangsaan Syria dan sempat beraksi menentang Malaysia ketika dalam saingan kelayakan Piala Dunia tahun lepas.

Bibi Ramjani turut mengesahkan penyerang import dari Lubnan Mohamad Ghaddar dan pemain Korea Selatan, Do Dong Hyun akan dilepaskan kerana tiada dalam perancangan Fajr Ibrahim.

Mohammed Ghaddar bakal dilepaskan daripada skuad Kelantan. FOTO: TRWFC

“Ghaddar mungkin digugurkan sementara Dong Hyun juga setakat ini memang tiada dalam senarai pemain Fajr.

“Jadi mana-mana pasukan yang berminat khidmat mereka boleh berurusan dengan kami selepas ini,” katanya.

KAFA turut memohon pelepasan sekatan perpindahan pemain kedua oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

“Kami ada membuat rayuan kepada MFL (pelepasan sekatan perpindahan pemain) kerana kami menamatkan kontrak pemain import Ferdinand Sinaga atas persetujuan bersama tanpa pampasan, Bruno (Lopes) juga kami akan bayar hingga Jun ini jadi kami ada dua kekosongan menerusi penamatan kontrak.

“Mengikut perancangan jurulatih (Fajer), hanya mahu mengekalkan pemain pertahanan Cassio de Jesus manakala Do Dong Hyun dan (Mohammed Ghaddar) juga kalau ada pasukan lain berminat, kami sedia untuk melepaskan mereka. Namun ini bukan bermakna kami akan mencari pengganti, ia bergantung kepada jurulatih.

“Apa yang beliau (Fajer) katakan sebelum ini, jika ada pemain import yang bagus kami boleh ambil, jika tak ada, tak mengapa kerana Kelantan ada pemain muda berbakat seperti pemain Syria,” katanya seperti dipetik dalam Berita Harian.

Sebelum ini, Kelantan, Sarawak, Pulau Pinang dan Kuantan FA dikenakan sekatan perpindahan pemain oleh MFL selepas gagal membuat pendaftaran pasukan musim ini.

Namun MFL meminta pasukan itu membuat permohonan jika mahu diberikan pengecualian daripada hukuman itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN