5 Sebab Kenapa Nabil Fekir No.10 Diperlukan Liverpool

Liverpool dikaitkan dengan perpindahan Nabil Fekir. Bos Liverpool, Jurgen Klopp sebelum ini dengan nada sinikal berkata, dia tak tahu pula perjanjian dengan Nabil Fekir sudah dimeterai ketika beliau sedang di Stamford Bridge.

Presiden Lyon, Jean Michel Aulas menafikan yang Lyon sudah menerima bidaan ke atas kapten mereka itu dan berkata, Fekir adalah pemain yang akan berada di Lyon untuk masa yang panjang. Kelab tiada sebab menjual beliau.

Beberapa penyokong Lyon menyatakan kerisauan mereka apabila Aulas mengeluarkan kenyataan seperti itu. Ini kerana, beliau sudah menyatakan perkara yang sama ke atas beberapa pemain sebelum ini termasuk Alexander Lacazette.

Sadio Mane bercakap kepada SFR Sports tentang pandangan beliau jika Liverpool mendapatkan Fekir:

“Nabil adalah pemain hebat. Kami pasti gembira jika pemain seperti beliau ada dalam pasukan kami. Saya rasa, dia akan melakukan perkara yang hebat dengan pasukan ini dan menikmati bola sepak di sini.”

MARBELLA, SPAIN – FEBRUARY 17: (THE SUN OUT, THE SUN ON SUNDAY OUT) Mohamed Salah and Sadio Mane of Liverpool during a training session at Marbella Football Center on February 17, 2018 in Marbella, Spain. (Photo by Andrew Powell/Liverpool FC via Getty Images)

“Anda sentiasa perlukan pemain seperti beliau. Katakanlah, beliau sertai kami, ianya pasti hebat.”

Nabil Fekir pula bertenang dengan rumors ini dan masih fokus kepada tugas beliau sebagai kapten di Lyon.

Ini adalah 5 sebab kenapa Nabil Fekir adalah pemain diperlukan Liverpool.

1. Kurangkan beban kerja Firmino

Firmino menjadi pemain serangan yang sangat banyak melakukan tugas bertahan. Beliau adalah pemain yang kerap ‘drop deeper’ ke tengah. Ini adalah statistik yang dikeluarkan pada 17 April lalu.

Kehadiran pemain seperti Nabil Fekir akan membolehkan Firmino lebih menumpukan kepada tugas menjaringkan gol dan bermain di zon serangan.

2. Pakar sepakan percuma

Liverpool adalah pasukan yang terlalu bergantung kepada permainan terbuka untuk mendapatkan gol. Apabila buntu, mereka memerlukan pemain yang boleh menjaringkan gol daripada situasi seperti sepakan percuma.

Itu yang dilakukan Gerrard pada satu ketika dahulu dan juga Suarez serta Coutinho. Nabil Fekir adalah salah seorang pengambil sepakan percuma terbaik di Eropah.

3. Kepimpinan

Nabil Fekir adalah pemain yang memiliki kepimpinan yang sangat baik. Seringkali menaikkan semangat rakan-rakan dalam pasukan beliau.

Dalam pasukan Liverpool yang ada, kualiti kepimpinan mereka agak kurang. Hanya ada beberapa pemain yang ada ciri-ciri pemimpin sejati di dalam padang seperti Van Dijk ataupun Henderson.

Mereka memerlukan lebih tambahan kualiti dari segi kepimpinan di dalam padang.

4. Keupayaan teknikal

Pemain ini adalah pemain yang sangat baik dengan bola serta mampu menjadi perancang tengah sebagai no.10. Kualiti yang menepati corak heavy metal Jurgen Klopp dengan corak permainan bertenaga ada pada Nabil.

Beliau pemain yang boleh mencipta gol dan juga menjaringkan gol. Dengan Liverpool dibarisi antara trio serangan terbaik di Eropah dalam pasukan beliau buat masa ini, kehadiran Nabil Fekir di belakang trio ini akan memberikan tambahan yang sangat berguna.

Fekir antara penggelecek terbaik dalam liga utama Eropah dalam beberapa musim.

5. Tambahan kepada kualiti ‘depth’ pasukan

Nabil Fekir boleh bermain di banyak peranan terutama sekali bahagian serangan. Musim ini Liverpool bergelut dengan isu kecederaan di tengah dengan kehilangan pemain seperti Emre Can dan juga Chamberlain.

Kehadiran pemain seperti Fekir akan mampu menampung isu ini di tengah dan juga ketika Liverpool kehilangan pemain seperti Sadio Mane dan Mohamed Salah.

Rumusan

Kami berpandangan, Liverpool harus memburu pemain ini dengan serius. Ketika mereka kehilangan Coutinho, Jurgen Klopp enggan terus berbelanja mencari pengganti kerana risau ia akan menjadi satu kesilapan akibat dilakukan tergesa-gesa.

Jurgen Klopp

Ramai yang mendesak Klopp menggantikan segera Coutinho dengan nama seperti Lemar. Jadi, Jurgen Klopp sudah membuat keputusan yang tepat untuk sabar dalam berbelanja.

Dan pada jendela perpindahan yang akan datang adalah masa yang paling sesuai untuk mendapatkan no.10. Pemain ini juga menarik minat banyak kelab lain.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN