Omar Ali: Tunggu Keputusan Pesuruhjaya Sukan Dulu, Baru Cakap Halatuju FAS

Omar Ali yang dilantik sebagai Setiausaha Agung oleh kelompok ‘geng EGM’ yang mengadakan Kongres Luar Biasa (EGM) tanpa perkenan Raja Muda Selangor (RMS) menjelaskan satu-satunya cara FAS boleh bergerak ke hadapan dan menutup kemelut isu EGM ini adalah dengan menunggu keputusan Pesuruhjaya Sukan.

Bekas ketua jurulatih skuad Piala Presiden Selangor itu merujuk kepada perjumpaan pada 7 November antara pihak FAS, Roslin Shariff (mewakili geng EGM) dan Datuk Zaiton Othman (mewakili pihak Pesuruhjaya Sukan) yang bakal menentukan kesahihan EGM yang dianjurkan oleh geng EGM di Hotel Nouvelle Seri Kembangan pada malam 8 November 2018 lepas.

Dalam pertemuan tersebut yang turut dihadiri oleh wakil FAM, FAS telah memberikan bukti mengapa EGM tidak sah. Roslin Shariff pula dikatakan gagal menunjukkan bukti EGM beliau mempunyai sokongan korum yang cukup.

Baca: Geng EGM: Kami Adalah Penyelamat RMS Dan FAS, Bukan Penderhaka

Mengikut kronologi isu EGM yang diterbitkan oleh Semuanya BOLA semalam, EGM yang dianjurkan oleh mereka tidak sah di sisi Statut FAS.

Mengikut statut FAS [Artikel 30 – 1 (b)], EGM hanya boleh diadakan jika mendapat sokongan sekurang-kurangnya 50% korum. Menurut FAS, EGM yang dianjurkan oleh Roslin Shariff dan sebahagian ahli gabungan FAS itu hanya mendapat sokongan korum sebanyak 8% selepas 35 ahli menarik balik tandatangan selepas mendapat penjelasan RMS. 5 lagi tandatangan dibatalkan manakala permohonan kemasukan 26 lagi ahli gabungan baru diluluskan oleh barisan EXCO FAS.

Bercakap kepada media dalam satu sidang media yang diadakan di Cafe Gu Ambo, Damansara Perdana pada petang tadi, Dato’ Ariffin Abdul Hamid dan Omar Ali yang mewakili geng EGM memberitahu mereka tidak tahu-menahu tentang pengurangan sokongan korum tersebut.

“Kenyataan [Dr. Johan yang menyatakan 35 ahli gabungan yang pada mulanya menandatangani usul EGM tetapi menarik balik tandatangan selepas mendapat penjelasan RMS] itu tidak betul,” kata Ariffin. Omar Ali kemudiannya mencelah, “Isu ini susah untuk ditentukan kebenarannya. Pihak sana kata itu. Pihak sini kata ini. Biarlah Pesuruhjaya Sukan sahaja yang menentukan kebenaran [kenyataan Dr. Johan].”

Omar Ali bagaimanapun mengaku beliau tidak mengatakan pihak beliau sahaja betul. “Tapi kami juga tak mengaku salah. Apa yang kami buat hanyalah mengikut perlembagaan persatuan. Kami menunggu rumusan pihak Pesuruhjaya Sukan mengenai isu ini,” katanya lagi.

Ketika ditanya mengenai apa hala tuju pembaharuan FAS yang mahu dilaksanakan mereka jika keputusan Pesuruhjaya Sukan memihak mereka, Omar Ali menjawab:

“[Soal hala tuju FAS] ini masih terlalu awal untuk saya cakap. Kita kena tunggu selesai [kes kesahihan EGM] ini dahulu. Lepas selesai, barulah saya boleh jawab.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN