Oliver Kahn: Kesilapan Loris Karius Boleh Memusnahkan Kariernya

Karius

Penjaga gol Liverpool, Loris Karius pastinya menjadi individu yang paling tidak boleh melupakan tragedi perlawanan akhir di Kiev yang menyaksikan pasukannya mengalami kekalahan 3-1 ditangan Real Madrid.

Pada perlawanan tersebut, dua kesilapan mudah yang dilakukan oleh Karius dalam perlawanan tersebut berjaya menghadiahkan dua gol buat Real Madrid.

Gol pertama Real Madrid terhasil pada minit ke-51 di mana Karius secara terburu-buru membaling bola di depan Karim Benzema yang pantas merebut peluang untuk meledak jaringan.

LONDON, ENGLAND – MAY 24: Ex-Bayern Muenchen goalkeeper Oliver Kahn looks on during a FC Bayern Muenchen training session ahead of the UEFA Champions League final match against Borussia Dortmund at Wembley Stadium on May 24, 2013 in London, United Kingdom. (Photo by Alex Grimm/Getty Images)

Penjaga gol kelahiran Jerman itu, turut melakukan kesilapan keduanya apabila menepis bola sepakan dari Gareth Bale dan ianya sekaligus menghasilkan gol ketiga buat Real Madrid dalam perlawanan tersebut.

Keadaan yang membolehkan Real Madrid mengecapi kejuaraan Eropah ke-13 sekaligus merupakan kejayaan tiga musim berturut-turut buat skuad bimbingan Zinedine Zidane itu.

Kesilapan yang dilakukan Karius itu turut mendapat komen dari bekas penjaga gol yang juga legenda Jerman dan Bayern Munich, Oliver Kahn.

Dipetik dari FourFourTwo, Kahn beranggapan kesilapan yang dilakukan Karius itu bakal menghancurkan kariernya sebagai pemain bolasepak.

“Tiada apa yang boleh saya katakan. Saya tidak pernah mengalami situasi seperti ini sebagai penjaga gol di pentas akhir”.

“Pendapat saya, kesilapan pada perlawanan akhir itu boleh menghancurkan kariernya (Karius) sebagai pemain”.

Kegagalan skuad bimbingan Jurgen Klopp di Kiev menyaksikan Liverpool terlepas peluang untuk menjulang trofi dalam kejohanan yang berprestij itu buat kali ke-6.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN