Ole: Pengadil Adalah ‘Pemain’ Terbaik Perlawanan

Ole Gunnar Solskjaer memuji pengadil perlawanan, Martin Atkinson dan menganggap beliau sebagai ‘pemain’ terbaik perlawanan.

Manchester United seri 1-1 dengan Liverpool di Old Trafford. Keputusan yang menyaksikan United terus kekal berada di luar 10 teratas, dan hanya 2 mata daripada zon penyingkiran.

United berjaya mengakhiri rekod kemenangan Liverpool pada musim ini.

Marcus Rashford menjaringkan gol pembukaan pada separuh masa pertama. Namun pada baki 5 minit terkahir, Adam Lalana memastikan Liverpool terselamat daripada kekalahan pertama mereka musim ini dalam saingan liga.

Selepas tamat perlawanan, pengendali Man United, Ole Gunnar Solskjaer berkata kepada BBC bahawa beliau gembira dengan prestasi pengadil.

Ole Gunnar Solskjaer memuji Martin Atkinson yang berjaya mengadili perlawanan dengan sangat cekap.

Solskjaer berkata, Martin Atkinson telah membuatkan tempo perlawanan lancar. Terutama sekali ketika situasi Lindelof dan Origi sebelum gol Marcus Rashford.

Ole Gunnar Solskajer menegaskan bahawa, pengadil telah membuat keputusan tepat ke atas insiden itu.

“Saya rasa pengadil berhak mendapat pujian pada hari ini. Jarang kita memuji pengadil yang mengadili perlawanan Man United vs Liverpool.”

“Beliau menjadikan perlawanan derbi ini berlangsung dengan sebaiknya. Beliau bukan pengadil yang tidak membenarkan kamu untuk tidak menyentuh sesiapa sahaja.”

Tentang situasi Lindelof dan Origi, Ole berkata: “Itu tidak akan pernah faul. Saya tidak rasa Keano akan cakap itu faul.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN