‘Klopp Tak Suka Hidangan Di Old Trafford’

Jose Mourinho menganggap pengurus Liverpool, Jurgen Klopp “tidak menyukai menu” yang dihidangkan oleh Manchester United dalam aksi yang berlangsung di Old Trafford pada Ahad.

Marcus Rashford menjaringkan gol pada minit ke-36 menerusi serangan balas. Ianya selepas Victor Lindelof mengasari Divock Origi dalam fasa pembentukan gol tesebut.

Man United banyak kali menggagalkan serangan Liverpool. Gol Sadio Mane ditarik balik oleh VAR selepas bola terkena tangan pemain itu.

Mujur pemain gantian Adam Lallana menyelamatkan malam Liverpool dengan gol penyamaan.

Man United mengakhiri rekod kemenangan Liverpool musim ini dan juga menggagalkan Liverpool daripada mencatatkan kemenangan ke-18 berturut-turut.

Klopp dalam kenyataan selepas tamat perlawanan menyatakan Man United bermain sangat defensif dalam perlawanan ini.

Mourinho berkata kepada Sky Sports: “Klopp tidak menyukai menu – dia mahukan daging tetapi hanya mendapat ikan.”

“Mereka gembira bermain menentang pasukan lawan yang memberi peluang kepada mereka melakukan serangan balas. Sudah tentu, United, dengan kualiti terhad yang mereka miliki pada masa ini, bermain dengan profil permainan yang berbeza.”

“Mereka cuba menghentikan transisi pasukan Liverpool. United bermain dengan tiga bek tengah, kekal kompak setiap masa. Liverpool tidak suka menu itu.”

“Liverpool hilang kualiti ketika berhadapan dengan blok rendah.”

“Saya harus mengakui, saya sangat gembira kerana mereka tidak menang. Ini kerana rekod saya sebelum ini dengan 9 kemenangan berturut-turut, pada perlawanan awal musim – bersama Chelsea 2005/2006 tidak diatasi.”

Mourinho kemudian menegaskan Liverpool ada had mereka tersendiri meskipun pasukan itu sarat dengan kualiti di barisan serangan.

“Mereka boleh menghancurkan lawan yang bermain dengan cara mereka mahu bermain. Jurgen, jelas sedikit kecewa, kerana Old Trafford adalah tempat yang istimewa untuk Liverpool menang tetapi beliau tidak pernah melakukannya. ”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN