Quantcast

BERITA

Ole Gunnar Solskjaer Tegaskan Akan Beri Peluang Buat Fred Beraksi

Status sebagai pemain kelima termahal dalam sejarah perpindahan Manchester United bukan jaminan buat pemain antarabangsa Brazil, Fred untuk mendapat keistimewaan bersama The Red Devils.

Ia terbukti apabila Fred dilihat begitu bergelut untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama Manchester United.

Dalam saingan Liga Perdana Inggeris, Fred hanya diturunkan tujuh perlawanan sebagai pemain di kesebelasan utama.

Pengurus, Ole Gunnar Solskjaer menegaskan bahawa Fred akan mendapat peluangnya di Manchester United dan percaya pemain tengah tersebut memerlukan lebih masa untuk menyesuaikan diri di England.

” (Fred perlu bermain) dengan baik apabila diberikan peluang, teruskan berlatih, terus bekerja seperti apa dilakukannya.”

BOURNEMOUTH, ENGLAND – NOVEMBER 03: Fred of Manchester United is challenged by Lewis Cook of AFC Bournemouth during the Premier League match between AFC Bournemouth and Manchester United at Vitality Stadium on November 3, 2018 in Bournemouth, United Kingdom. (Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

”Kami mempunyai tiga orang pemain tengah iaitu (Ander) Herrera, (Paul) Pogba dan (Nemanja) Matic dan mereka semua beraksi dengan baik bersama-sama.”

”Anda perlu melihat masa yang diperlukan untuk menyesuaikan diri. Anda lihat kepada Juan (Sebastian Veron) – dia merupakan salah seorang pemain yang terbaik yang pernah bermain bersama saya dan dia memerlukan masa untuk sesuaikan diri.”

”Dan saya pasti apabila diberikan peluang oleh pasukan, Fred pasti akan menggunakan peluang ini sebaiknya.”

”Fred akan mendapat peluangnya, mungkin esok,” ujar Solskjaer lagi.

Awal pagi esok (4.00 pagi), Manchester United akan berkunjung ke Selhurst Park bagi perlawanan ke-28 Liga Perdana Inggeris berdepan Crystal Palace.

Mungkin ini peluang buat Fred untuk membuktikan sesuatu pada perlawanan tersebut.