Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer membandingkan sepakan percuma yang dilakukan Marcus Rashford tidak ubah seperti Cristiano Ronaldo.
Menurut laman Stadium Astro, Solskjaer jelas memuji tindakan Rashford yang melakukan sepakan percuma ala Cristiano Ronaldo dalam usaha memperoleh kemenangan ke atas Chelsea dalam aksi Carabao Cup.
“Seperti Cristiano Ronaldo bukan? Saya rasakan Marcus Rashford telah banyak berlatih untuk memastikan sepakan percumanya sempurna.”
“Rashford mempunyai kebolehan untuk melakukannya, banyak kali saya saksikannya beliau mencuba dan kali ini ianya membawa hasil.”
I mean… it's just ridiculous really, isn't it? 🤯#MUFC @MarcusRashford pic.twitter.com/cGUtHp3oAb
— Manchester United (@ManUtd) October 31, 2019
Solskjaer mengatakan beliau telah menasihati Rashford untuk lebihkan jaringan lebih mudah dari dalam kotak penalti. Namun begitu, sudah menjadi lumrah pemain itu untuk sentiasa mencari gol dari luar kotak penalti.
Rashford menjaringkan sepakan percuma yang memberikan kemenangan buat Manchester United ke atas Chelsea di Stamford Bridge.
Gol tersebut memastikan Manchester United berjaya layak ke pusingan seterusnya dalam aksi Carabao Cup.
Lebih menarik, kemenangan ini merupakan kejayaan kedua Manchester United ke atas Chelsea selepas menewaskan pasukan yang sama dalam aksi pembukaan Premier League dengan jaringan 4-0.