Saya Cuma Nak Jadi Wira Liverpool – Caoimhin Kelleher

Penjaga gol muda Liverpool, Caoimhin Kelleher mengatakan dirinya hanya mahu menjadi wira pasukannya selepas mengetahui pemenang perlu ditentukan menerusi sepakan penalti.

Dalam aksi Carabao Cup pagi tadi, Liverpool berjaya menewaskan Arsenal menerusi penentuan sepakan penalti 5-4 selepas perlawanan berakhir dengan jaringan 5-5.

Ketika penentuan sepakan penalti, Kelleher menjadi wira apabila menyelamatkan tendangan Dani Ceballos.

Caoimhin Kelleher menyelematkan sepakan penalti Dani Ceballos. Gambar: Liverpool FC

Menurut laman Liverpool FC, Kelleher fokusnya terarah terus kepada penentuan sepakan penalti selepas wisel penamat ditiupkan.

“Ada rakan-rakan dan jurulatih datang kepada saya dan berkata tiada apa yang hendak dilepaskan, cuba saja untuk jadi wira pasukan.”

“Mujur hasrat saya untuk menjadi wira pasukan itu berjaya selepas dapat menyelamatkan sepakan penalti pasukan lawan.”

Kelleher juga memuji semangat tidak mudah mengalah rakan sepasukan mereka dalam usaha mendapatkan kemenangan.

“Kami mempunyai semangat tidak mudah mengalah dan kami tunjukkannya sekali lagi apabila ketinggalan dalam perlawanan untuk beberapa kali.”

“Divock Origi menjaringkan gol penting untuk pastikan kami tidak kalah. Ia jelas menaikkan semangat seluruh squad dan kami tidak berputus asa.”

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN