“Oh Selangor Apa Yang Kau Buat?” – Pemain Tertunduk Malu Dengar ‘Chanting’ Dari UltraSel

Para pemain Selangor FC hanya mampu tertunduk malu ketika mendengar chanting kecewa dari penyokong-penyokong Red Giants selepas tamat aksi bertemu Melaka United malam semalam.

Selangor FC terpaksa akur tewas 2-0 di tangan skuad Melaka United dalam aksi saingan Liga Super Malaysia di Stadium Hang Jebat.

Pemain yang baru pulih dari kecederaan hamstring, Ifedayo Olusegun berjaya menjaringkan dua gol untuk bantu skuad Melaka United, tewaskan bekas kelabnya.

Dua gol jaringannya itu sudah cukup untuk membantu Melaka mengutip tiga mata penuh, seterusnya memastikan Selangor pulang kehampaan.

Penyokong kecewa melihat aksi pemain Selangor

Selangor bermain dengan agak baik dalam perlawanan ini dengan mereka juga turut kerap menguasai penguasaan bola.

Walau bagaimanapun, ketumpulan jentera serangan pasukan pelawat jelas sekali memberi masalah kepada skuad Selangor yang bergelut untuk mencari gol.

Para penyokong Selangor yang datang dari jauh berkunjung ke Stadium Hang Jebat antara yang paling terkesan dengan keputusan perlawanan tersebut.

Selepas tamat perlawanan, para penyokong dilihat menyanyikan lagu yang berunsur menyindir pasukan Selangor sendiri.

Para pemain yang ketika itu berkumpul di hadapan penyokong Selangor hanya mampu tertunduk malu sahaja mendengar chanting tersebut.

“Oh Selangor apa yang kau buat,

Oh Selangor apa yang kau buat,

Empat tahun main macam setan,

Itupun kau tak perasan,

Oh Selangor… Apa yang kau buat.”

Para penyokong jelas sekali sangat terkesan dengan kekalahan tersebut dan tentu saja para pemain juga mungkin akan merasakan hal yang sama.

 

Chanting tersebut boleh lah dianggap sebagai nasihat dari para penyokong untuk pemain supaya tidak alpa dan ulang kesilapan sama.

Tidak ada penyokong dalam dunia yang mahu melihat pasukan mereka terus menerus dirundum masalah dan tentu saja mereka hanya mahukan yang terbaik dari para pemain.

Berbanding memaki hamun para pemain seperti yang dilakukan oleh segelintir penyokong Selangor sebelum ini, cara yang digunakan semalam bolehlah dianggap lebih wajar.

Kekalahan bertemu Melaka meletakkan Selangor kini dikedudukan ketujuh dengan hanya mengumpul 12 mata sahaja dari sembilan perlawanan.

Melaka United sementara itu naik satu kedudukan dengan mereka pada ketika ini berada di kedudukan kelapan selepas mengumpul 12 mata dari 10 perlawanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN