OGC Nice Keluarkan Jersi Khas, Tribute Kepada 85 Mangsa Serangan Paris

Apa yang OGC Nice buat ini adalah satu tindakan yang sangat meruntun jiwa.

Kelab Perancis itu mengeluarkan satu jersi khas sempena perlawanan pembukaan Ligue 1 menentang Stade Rennais.

Jersi yang tertera kesemua nama 85 mangsa serangan Paris yang berlaku pada 14 Julai 2016 yang lalu.

Kejadian itu berlaku apabila sebuah trak kargo yang sengaja melanggar penonton yang menyaksikan sambutan Hari Bastille (Hari Kebangsaan Perancis).

Berpakaian serba putih

OGC Nice membuat satu jersi yang berasaskan warna putih, dengan dihadapannya terdapat kesemua 85 nama mangsa.

Nama-nama mangsa itu dikumpul dan dihimpunkan menjadi bentuk hati.

Upacara memperingati mangsa-mangsa serangan Paris itu bermula apabila seawal para pemain OGC Nice turun ke padang untuk sesi memanaskan badan sebelum perlawanan.

Mereka memakai jersi latihan yang juga tertera nama para mangsa.

13921154_1801079586804607_2125889422668325625_n

Nama-nama itu akan ditayangkan pada bahagian depan jersi OGC Nice dan menggantikan logo penaja mereka untuk satu perlawanan.

14051580_1801079570137942_1346597217555141487_n

Selain daripada pasukan, kelab OGC Nice juga mengalakkan penonton yang hadir pada perlawanan menentang Stade Rennais hadir dengan pakaian serba putih.

Selain daripada itu, penonton juga diminta senyap ketika perlawanan hendak bermula bagi menghormati mangsa-mangsa kejadian tersebut.

Penonton juga diminta senyap bermula dari waktu pemain masuk ke padang dan selepas itu sesi bertafakur selama seminit dilakukan.

OGC Nice juga melakukan simbolik untuk mangsa serangan di Paris tersebut dengan melepaskan belon-belon putih ke udara.

13726648_1138921216164166_8120789864273792423_n

Penyokong OGC Nice juga tidak ketinggalan melakukan satu tifo tertera R.I.P (Rest In Peace) yang ditujukan khas kepada mangsa-mangsa.

14022302_1138921249497496_8047119145966411561_n

Dalam perlawanan itu juga, skrin besar di stadium iaitu Allianz Riviera akan menayangkan video tribute kepada mangsa serangan Paris pada minit ke 85.

Dan tribute itu juga akan dilakukan pada minit ke 85 pada semua perlawanan ‘home’ OGC Nice sepanjang musim ini.

Hari pembukaan Ligue 1 cukup baik buat OGC Nice, mereka juga menang 1-0 terhadap lawan mereka.

Jersi akan dilelong

Selepas perlawanan antara OGC Nice dengan Stade Rennais, jersi yang dipakai pada perlawanan itu akan dilelong kepada orang ramai.

Wang hasil lelongan tersebut akan didermakan kepada keluarga mangsa serangan Paris tersebut.

Baca juga: Sporting Lisbon Eja Salah Nama Pemain Untuk Ajar Penyokong Beli Jersi Original

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN