Sporting Lisbon Eja Salah Nama Pemain Untuk Ajar Penyokong Beli Jersi Original

Semua kelab bola sepak sentiasa berkempen untuk menggalakkan penyokongnya membeli original merchandise dari butik sukan mereka atau pengedar yang sah.

Contohnya di Malaysia, JDT berkempen dengan slogan ‘be original, buy original because I am original’ di platform media sosialnya.

Sporting Lisbon bagaimanapun mengambil langkah lain.

Ketika perlawanan liga Portugal menentang Arouca, pemain-pemain Sporting Lisbon dilihat memakai jersi yang dieja dengan nama yang salah. Bukan seorang pemain, sebaliknya kesemua 11 pemain!

Contohnya penyerang Teofilo Gutierrez (yang biasanya bermain dengan nama jersi yang tertulis ‘Teo’) dilihat memakai jersi yang tertulis dengan nama ‘Guterres’. Pemain tengah Joao Mario pula memakai jersi yang tertera nama ‘J. Dario’.

Penyokong Sporting Lisbon yang menonton perlawanan di stadium dan siaran langsung TV pelik dengan ‘kesilapan’ tersebut. Takkanlah tiada seorang pegawai dan pemain pun yang sedar?

https://twitter.com/Juezcentral/status/711563034662191105

Tamat separuh masa pertama, Sporting Lisbon mendahului Arouca 4-0.

Ketika rehat separuh masa pertama inilah, penyokong di stadium diberitahu ‘kesilapan ejaan’ di jersi pemain Sporting Lisbon tersebut adalah sebahagian daripada kempen kesedaran kelab untuk menggalakkan penyokong membeli jersi original. Bukannya membeli jersi tiruan.

Pada separuh masa kedua, kesemua 11 pemain Sporting Lisbon kembali memakai jersi yang mempunyai ejaan nama yang betul.

Sejujurnya kami agak kurang memahami maksud kempen Sporting Lisbon ini. Di Malaysia, masih banyak jersi tiruan yang mempunyai ejaan nama pemain yang betul.

Adakah semua jersi tiruan di Portugal mempunyai ejaan nama pemain yang salah? Apa pendapat anda?

Baca juga: Kelab Bolivia Guna Jersi Pasar Malam AS Roma Dalam Perlawanan Liga

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN