Nwankwo Kanu: Arsenal Perlukan Keajaiban Untuk Memenangi Trofi Liga Perdana Inggeris

Kanu

Ikon Arsenal yang merupakan sebahagian daripada skuad ‘The Invincibles’ menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) tanpa sebarang kekalahan pada musim 2003/04, Nwankwo Kanu menyifatkan The Gunners memerlukan keajaiban untuk meraih kejuaraan EPL musim ini.

Selepas daripada kejayaan tersebut, Arsenal nyata terlalu dahagakan kejuaraan liga yang saban musim hanya mampu melihat kejayaan pasukan lain.

Musim lalu menyaksikan Arsenal sekadar menamatkan saingan di tempat ke-6, musim terakhir buat Arsene Wenger selepas 22 tahun ‘menghambakan’ diri di kelab London tersebut.

Unai Emery dibawa masuk untuk mengubah lanskap dalam perjalanan pasukan setelah sekian lama berada di bawah tampuk ‘pemerintahan’ Wenger.

Bagi Kanu yang bercakap kepada Sky Sports, beliau mengharapkan agar Emery diberikan ruang dan peluang untuk menggunakan pendekatannya dalam membimbing Arsenal.

”Kita perlu memberikan dia (Unai Emery) masa untuk membawa gayanya sendiri dan cara permainan yang dimahukannya.”

”Ia akan mengambil masa untuk pendatang baru, rekrut terbaharu untuk menyesuaikan diri tetapi jika ia menjadi dan mereka menjuarai liga, itu adalah keajaiban.”

”Saya mengharapkan itu yang akan berlaku.”

”Untuk seorang pengurus baharu, ia akan menjadi satu cabaran yang besar. Para penyokong mahukan mereka (Arsenal) cemerlang dalam saingan liga pada tahun pertamanya, di mana akan sentiasa sukar buat mana-mana jurulatih baharu.”

”Berada di kelab besar yang memerlukan trofi, jadi jika anda tidak memenangi liga, anda perlu memenangi trofi yang lain.”

Arsenal akan membuka saingan EPL musim ini dengan bertemu juara bertahan, Manchester City pada 12 Ogos di laman sendiri.

 

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN