Nwakaeme Lulus ‘Trial’ Dengan Pasukan Pahang

Dollah Salleh

Masa depan Dickson Nwakaeme akhirnya terjawab. Ini apabila Pahang mengesahkan bahawa pemain yang digelar ‘Orang Besi’ itu akan terus kekal bersama dengan mereka.

Sebelum ini, Dickson Nwakaeme dikatakan tidak akan bermain lagi untuk pasukan Pahang. Namun beliau masih berharap akan terus berkhidmat bersama pasukan Pahang.

Malah Nwakaeme turut turun menyertai sesi pemilihan pasukan Pahang untuk menyertai mereka pada musim 2020.

Pengurus pasukan Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang menegaskan bahawa, pemain berumur 34 tahun akan terus bersama dengan mereka dan beliau berharap Nwakaeme akan membantu memperkuatkan barisan serangan pasukan Pahang.

Suffian masih percaya dengan kemampuan Nwakaeme yang menurut beliau masih menjadi salah seorang penyerang yang digeruni.

Dipetik daripada Harian Metro Datuk Mohammed Suffian Awang  berkata: “Saya harap dia (Nwakaeme) lebih padu musim ini di bahagian serangan sambil dibantu rakan sepasukan termasuk empat import lain,” katanya.

Nwakaeme melengkapkan lima kuota pemain import. untuk skuad Tok Gajah, menyerta empat lagi import yang lain.

https://twitter.com/ArenaHM/status/1231175803821383680

Mereka ialah Ivan Carlos (Brazil), Harold Goulon (Perancis), Adam Reed (Filipina) dan Khalil Khamis (Lubnan).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN