Nuri Sahin Umum Persaraan Di Peringkat Antarabangsa

Bintang Borussia Dortmund, Nuri Sahin telah mengumumkan persaraannya di peringkat antarabangsa seminggu selepas Turki gagal mara ke Piala Dunia 2018 di Russia.

Pemain yang berusia 29 tahun itu mempunyai 52 penampilan sepanjang 12 tahun bersama skuad kebangsaan Turki.

Beliau ingin memberikan peluang kepada pemain generasi baru untuk menggantikan tempatnya dan menyinar dibawah bimbingan jurulatih Mircea Lucescu.

Turki tewas 3-0 kepada Iceland bulan lepas yang menyaksikan mereka gagal tempah tiket di pusingan akhir Piala Dunia 2018.

Dalam kenyataan melalui instagramnya, Nuri yang dibesarkan di Jerman memberitahu beliau sentiasa mengingati negara Turki dalam hatinya dan menjelaskan sebab-sebab beliau mengambil keputusan untuk bersara pada usia yang masih muda ini.

“Saya telah memakai jersi negara Turki ini sebanyak 100 kali selama beraksi dalam kejohanan pelbagai peringkat umur dan setiap kali saya beraksi, saya sentiasa berasa bangga dapat mewakili negara ini,” katanya.

“Saya membuat keputusan untuk bersara dari peringkat antarabangsa kerana saya mahu memberi cabaran kepada pemain muda. Saya cabar generasi baharu bola sepak Turki munculkan diri untuk membawa Turki mencapai kejayaan besar dalam masa 10 hingga 15 tahun yang akan datang,” jelasnya.

Nuri menjaringkan gol pertamanya ketika menentang Jerman, iaitu negara kelahirannya pada tahun 2005 serta menjadi pemain termuda yang menjaringkan gol dalam sejarah bola sepak Turki pada usia 17 tahun.

Gambar : PA

Dalam kenyataan itu juga, Nuri sedia berkongsi pengalamannya dengan pemain muda jika diperlukan.

“Ketika memulakan kerjaya dalam bola sepak, saya telah diberikan banyak peluang dan pengalaman yang berharga. Saya sentiasa berhubung rapat dengan Persatuan Bola Sepak Turki dan sedia membantu sebanyak mungkin yang boleh,” katanya.

Nuri kini masih meneruskan kerjaya bola sepaknya dengan Kelab Bundesliga, Borussia Dortmund dimana beliau mendapat banyak peluang bermain dibawah ketua jurulatih, Peter Bosz musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN