Sarawak FA Ambil Langkah Berani Guna 100 Peratus Pemain Tempatan

Persatuan Bola Sepak Sa­rawak (FAS) bercadang untuk meng­­­gunakan seratus peratus pe­main tempatan tanpa khidmat pemain import pa­­da saingan Liga Perdana musim de­­pan.

Menurut kenyataan rasmi di laman facebook Sarawak FA, keputusan untuk menggunakan pemain tempatan sepenuhnya masih belum muktamad.

“Keputusan pihak FAS untuk menggunakan seratus peratus pemain tempatan untuk musim hadapan tanpa mengira kancah pertandingan yang akan disertai bukanlah keputusan muktamad. Ini merupakan langkah berani yang terpaksa diambil oleh kami.

“Untuk awal musim, pasukan Sarawak akan diwakili oleh kesemua pemain tempatan yang terdiri daripada pemain-pemain yang sedia ada mahupun dipilih melalui pasukan Piala Presiden, Belia mahupun daripada kejohanan Piala Sarawak 2017 yang akan berlangsung pada 4 sehingga 11 November ini di bahagian Mukah,” kata FAS dalam satu kenyataan.

Namun begitu, FAS akan memastikan pemain tempatan yang dipilih mampu bersaing di peringkat tertinggi dan sedia pertimbangkan khidmat pemain import sekiranya perlu.

Skuad Piala Presiden Sarawak

“Sekiranya pemain-pemain tempatan kita mampu bersaing untuk tempoh tersebut, maka tiada keperluan untuk menggunakan pemain import.

“Namun sekiranya perlu, pengambilan pemain import akan dipertimbangkan sekiranya jendela permindahan pemain (transfer window) tiba. Keputusan untuk tidak mengambil pemain import terus bukanlah muktamad.

“Pengambilan pemain-pemain import bukanlah syarat wajib untuk setiap pasukan bertanding. Ini bergantung kepada keperluan dan kemampuan sesebuah pasukan tersebut,” jelasnya.

FAS juga menghargai khidmat pemain-pemain yang tidak ditawarkan kontrak untuk beraksi dengan pasukan Sarawak musim depan.

“Pihak persatuan juga tidak menolak sumbangan yang telah diberikan oleh pemain-pemain yang tidak disenaraikan untuk musim hadapan.

“Dengan mengambil kira faktor prestasi, jumlah gaji dan kekerapan kecederaan maka pihak persatuan terpaksa melepaskan anda. Terima kasih diucapkan kepada kalian,” kata FAS.

Presiden FAS, Datuk Posa Majais sebelum ini dilapor mengesahkan khidmat tujuh pemain termasuk empat pemain import antarabangsa yang tidak disambung kontrak, sebaliknya pasukan itu akan diwakili seratus peratus pemain anak negeri.

Photo by Azlandy M. A.T / www.asiana.my

“Diharapkan langkah ini akan membuka peluang untuk pemain-pemain tempatan kita berusaha dengan lebih gigih lagi dan tidak mustahil untuk menerima imbuhan yang lebih menarik lagi dengan penjimatan daripada bayaran pemain-pemain import dan lama yang dilepaskan

“Semoga peluang tersebut digunakan sebaiknya untuk menimba pengalaman dan seterusnya menyumbangkan kepada sukan bolasepak Negara mahupun Negeri pada suatu masa nanti. Tanamkan semangat Ibu Pertiwiku di dalam jiwa anda biarpun dimana sahaja anda berada,” katanya.

FAS juga turut menjelaskan kepada penyokong mereka bahawa keputusan yang dibuat bukanlah dilakukan oleh sesetengah individu.

“Kepada semua penyokong, keputusan yang telah dibuat bukanlah dilakukan oleh sesetengah individu sahaja kerana perbincangan telah dilakukan dan dimaklumkan kepada barisan exco yang ada.

“Seperti setiap daripada anda, kami juga amat sayangkan bolasepak Sarawak. Seperti komitmen yang telah kami berikan ketika mula menerajui persatuan pada awal tahun ini, kami akan terus berusaha untuk memartabatkan pasukan bolasepak Sarawak. Demi Ibu Pertiwiku!,” kata FAS seperti dipetik dalam kenyataan rasmi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN