Nukilan Menarik TMJ Tentang Pengalaman Hidup Di Malaysia, Seru Hentikan Kebencian

Dalam satu muat naik terbaru JST sebentar tadi, lidah rasmi JDT itu berkongsi satu pengalaman menarik pemilik kelab mereka yang juga merupakan Presiden FAM, figura yang dikenali dengan TMJ.

Baginda menulis:

Sedih kerana tidak dapat datang ke Sabah

Baru-baru ini saya telah dimaklumkan ada satu laman sosial Facebook telah menjemput saya untuk menjadi presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang pertama ke Sabah menyaksikan perlawanan Piala FA.

Saya amat menghargai jemputan tersebut, namun bagaimanapun saya tidak dapat untuk pergi ke Sabah bagi menyaksikan perlawanan tersebut kerana saya perlu memberi ucapan dalam majlis bersama Belia Johor pada hari Sabtu ini.

Tetapi semasa saya baru dilantik sebagai Presiden FAM, mesyuarat EXCO pertama FAM telah diadakan di Sabah dan pada masa itu saya berkesempatan mengadakan lawatan di sana.

Mesyuarat Jawatankuasa FAM / foto: FAM

Saya amat menghargai dan benar-benar terharu dengan layanan yang diberikan sewaktu berada di Sabah ketika itu. Saya merasakan terdapat sesuatu berkaitan Sabah dan Sarawak yang begitu istimewa dengan saya.

Saya diberi layanan yang amat baik, rasa amat dihargai, negeri yang menarik dan rakyat yang sangat baik serta sangat dekat di hati saya.

Sabah, Sarawak dan Semenanjung ada kelainan tersendiri

Orang-orang di Sabah dan Sarawak amat berbeza dengan mereka yang di Semenanjung. Bukanlah saya mengatakan orang di Semenanjung tidak baik, tetapi ianya satu perkara yang berbeza.

Setiap negeri ada keistimewaan tersendiri kepada saya. Sebagai contoh, ramai yang rapat dengan saya di Semenanjung adalah mereka yang dari negeri Selangor.

Kenapa?

Kerana saya membesar di Seksyen 9, Shah Alam dan sepupu saya juga adalah dari sana. Tambahan pula, saya mempunyai ramai rakan dari Selangor.

Kelantan juga merupakan tempat yang amat istimewa kerana di situ tempatnya saya melakukan terjunan payung terjun untuk kursus Airborne.

Sewaktu di Kelantan, orang-orang di sana benar-benar melayani saya dan menganggap saya sebahagian daripada mereka. Manakala di Perak, saya membesar di Ipoh dan Kuala Kangsar kerana Bonda saya berasal dari sana.

Oleh itu, hanya segelintir sahaja orang Perak yang kepalanya tidak betul dan menimbulkan masalah iaitu mereka yang mendakwa diri mereka kononnya ‘Hooligan’ (samseng bola sepak) sedangkan kebanyakan orang Perak yang lain sebenarnya merupakan orang yang sangat-sangat baik.

Melaka juga tidak terkecuali, ia tempat yang istimewa di mana saya melakukan latihan payung terjun disana dan orang-orang di Melaka melayani saya dengan sangat baik.

Itu antara pengalaman saya. Negeri lain seperti Pahang juga merupakan tempat yang menarik kerana saya juga telah beberapa kali ke sana untuk bermain polo bersama Ayahanda dan bapa saudara saya.

Saya juga amat rapat dengan bapa saudara saya. Di Pahang juga saya bersama pasukan polo saya menjadi pasukan pertama yang menjadi juara di bumi Pahang.

Kredit: Johor Southern Tigers

Saudara mara saya juga dari sana dan sewaktu saya masih kecil saya sering ke kediaman bapa saudara saya, Pemangku Raja Pahang.

Saya juga amat rapat dengan Tengku Muda Pahang. Oleh itu, setiap negeri mempunyai sesuatu yang istimewa buat saya.

Walaubagaimanapun, terdapat sesuatu yang berbeza tentang Sabah and Sarawak yang tidak pernah saya rasai sebelum ini.

Saya pernah ke Sarawak untuk menyaksikan satu perlawanan dan terdapat lebih 32,000 orang di situ yang bersorak dan mengucapkan selamat datang kepada saya.

Itu satu pengalaman yang tidak akan saya lupakan dan amat-amat saya hargai dan akan sentiasa tersemat di hati saya bagaimana sambutan mereka terhadap saya.

Seru hentikan keganasan dan kebencian

Jika bola sepak boleh menjadi lebih bertamadun dan lebih bersatu serta tiada keganasan dan kebencian, negara ini mempunyai potensi untuk melakukan keajaiban dalam bola sepak.

Jika pesaing boleh bersaing dengan baik di dalam padang dan apabila di luar padang boleh sama-sama berbincang bagaimana untuk membantu meningkatkan sukan ini, pasti ada sesuatu yang menarik akan berlaku.

Itu adalah yang berlaku di Itali, Sepanyol, Portugal dan England di mana kebanyakan pemilik kelab dan pengurusan adalah rakan.

Mereka bersaing di padang tetapi di luar padang mereka memberi idea antara satu sama lain tentang bagaimana untuk berkembang. Dan itulah sebabnya mengapa bola sepak dipanggil permainan yang indah.

Oleh itu, saya sangat menggesa dan saya benar-benar berharap agar kita dapat menghentikan kebencian.

Hentikan keganasan dan hanya fokus pada permainan yang sihat ini dan menghayatinya. Kerana itu adalah sesuatu yang dapat kita saling berkongsi dengan menjadikannya menarik di negara ini.

Jadi, ini adalah apa yang ingin saya katakan, saya sekali lagi memohon maaf kerana saya tidak dapat datang ke Sabah kali ini tetapi pada masa akan datang, saya pasti akan ke sana dan menonton bola sepak di sana. Ia akan menjadi satu penghormatan buat saya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN