Scotland Atau England? McTominay Minta Pandangan Mourinho

Pengurus baru Scotland, Alex McLeish menyatakan hasrat beliau mahu memujuk pemain tengah Manchester United, Scott McTominay untuk bermain dengan Scotland berbanding dengan England.

Ianya telah menimbulkan dilema pada McTominay yang tidak tahu harus menerima panggilan Scotland ataupun menunggu panggilan dari England.

McTominay musim ini beraksi cemerlang dalam kesemua perlawanan yang beliau diturunkan. Walaupun minit yang terhad pemain muda berusia 21 tahun itu telah menggunakannya sebaik mungkin.

Jose Mourinho memberitahu media bahawa pemain muda itu ada meminta nasihat beliau tentang pasukan mana yang harus beliau pilih.

Mourinho tidak mahu masuk campur dalam soal itu kerana bagi beliau, ada pihak yang lebih berhak untuk melakukan tugas itu.

“Saya ada memberikan beliau nasihat. Nasihat saya adalah, nasihat ibu bapa dia lebih penting daripada saya.”

“Kata hati dia lebih penting daripada nasihat saya. Ini kerana nasihat saya adalah sepenuhnya berdasarkan sudut pandangan karier.”

“Apa yang pasti, dia memiliki pilihan untuk karier kebangsaan yang sangat baik. Dia boleh memilih Scotland jika England tidak memanggil beliau. Atau, dia mungkin menolak England walaupun dipanggil untuk mewakili Scotland, segalanya ada kemungkinan.”

“Yang paling penting dia harus memilih mana satu yang beliau selesa.”

Jadi, pasukan mana akan menjadi pilihan McTominay, England atau Scotland? McLeish mahukan pemain ini menggantikan Scott Brown yang sudah pun bersara daripada pasukan kebangsaan untuk kali ke-2.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN