Nou Camp Separuh Kosong Selepas Barcelona Tewas Kepada Liverpool

Juara La Liga mencatat kemenangan 2-0 ke atas Getafe – yang sedang mengejar slot empat teratas – di dalam perlawanan yang agak janggal disebabkan jumlah kehadiran penyokong di Nou Camp.

Barcelona kembali beraksi di Nou Camp buat kali pertama, selepas dimalukan oleh Liverpool 4-0 di Anfield dalam perlawanan separuh akhir kedua UEFA Champions League.

Kekalahan kepada Liverpool itu sekaligus membuatkan Barcelona menggigit jari selepas memiliki pendahulan selesa 3-0 secara agregat hasil kemenangan di Nou Camp.

Tiada makna

Kemenangan 2-0 Barcelona ke atas Getafe sudah tidak membawa apa-apa makna buat juara La Liga itu. Namun ia mungkin bermakna Getafe terpaksa melupakan hasrat untuk beraksi di saingan UCL selepas pasukan itu jatuh ke tangga ke-5 La Liga.

Valencia kini meloncat ke tangga ke-4 selepas menewaskan Alaves 3-1, dan akan layak ke pertandingan elit eropah itu pada musim hadapan sekiranya menewaskan Real Valladolid dalam perlawanan terakhir pada minggu hadapan.

BARCELONA, SPAIN – MAY 12: Arturo Vidal of FC Barcelona celebrates with his team mates after scoring his team’s first goal during the La Liga match between FC Barcelona and Getafe CF at Camp Nou on May 12, 2019 in Barcelona, Spain. (Photo by Alex Caparros/Getty Images)

Barcelona yang menjuarai La Liga buat kali ke-8 dari 11 musim terakhir membuka jaringan melalui Arturo Vidal, selepas menolak masuk bola muntah yang gagal ditampan kemas penjaga gol Getafe, David Soria.

Gol kedua Barca tiba di minit akhir perlawanan selepas Djene Dakonam menjaringkan gol sendiri.

Jaringan terhasil selepas gerakan satu dua Lionel Messi dan Sergi Roberto berjaya melepasi dua pemain – sebelum percubaan Messi terkena sentuhan Dakonam.

Penyokong marah

Hanya 57,000 hadir ke stadium yang boleh memuatkan 99,000 penonton itu. Namun penyokong yang hadir lebih berminat meluahkan rasa tidak puas hati mereka kepada pemain kerana masih tidak berpuas hati dengan kekalaha 4-0 kepada Liverpool di Anfield.

Coutinho menjadi mangsa utama penyokong yang mensasarkan beliau selepas tamat perlawanan. Rata-rata penyokong bersiul dan melaungkan boo kerana tidak berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan pemain itu di Anfield.

Sebelum itu, pemain tengah, Sergio Busquets turut menjadi perhatian penyokong pada separuh masa pertama perlawanan – setelah beberapa kesilapan hantaran yang tidak sampai kepada rakan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN