Hazard Sudah Muktamad Keputusan Mengenai Masa Depan Di Stamford Bridge

Eden Hazard berkata beliau telah memuktamadkan keputusan mengenai masa depan beliau, dan kini menunggu tindakan dari Chelsea – setelah melakukan penampilan berkemungkinan yang terakhir buat The Blues dalam perlawanan menentang Leicester City.

Walaupun memulakan perlawanan dari bangku pemain simpanan di Stadium King Power, nama Hazard menjadi laungan penyokong Chelsea yang datang ke arena lawan sepanjang perlawanan. Beberapa kain rentang yang menggesa pemain itu untuk menolak perpindahan ke Real Madrid turut kelihatan dari kalangan penyokong.

LEICESTER, ENGLAND – MAY 12: Eden Hazard of Chelsea acknowledges the fans after the Premier League match between Leicester City and Chelsea FC at The King Power Stadium on May 12, 2019 in Leicester, United Kingdom. (Photo by Clive Mason/Getty Images)

Sumber kepada ESPN FC sebelum ini melaporkan Hazard mahukan Chelsea melepaskan beliau untuk menyertai gergasi La liga itu pada secepat mungkin. Bercakap kepada media selepas selesai perlawanan, Hazard memberikan bayangan jelas mengenai apa yang beliau inginkan selepas ini.

“Ya, saya telah membuat keputusan. Tetapi ia bukan mengenai saya sahaja. Saya masih menanti,” ujar beliau ringkas.

Ketika ditanya wartawan sama ada beliau sudah memaklumkan niat tersebut kepada pihak kelab, beliau berkata:

“Ya, beberapa minggu yang lalu.”

Pada Disember lalu, Maurizio Sarri pernah berkata telah tiba masanya untuk menyelesaikan soal masa depan Hazard. Pemain antarabangsa Belgium itu juga bersetuju supaya ianya ditentukan lebih awal.

“Benar, saya mahukan itu [keputusan dari Chelsea]. Tetapi saya masih menunggu, seperti anda dan penyokong yang lain.”

COBHAM, ENGLAND – AUGUST 10: Maurizio Sarri and Eden Hazard of Chelsea during a training session at Chelsea Training Ground on August 10, 2018 in Cobham, England. (Photo by Darren Walsh/Chelsea FC via Getty Images)

Chelsea menamatkan musim ini di kedudukan ketiga Liga Perdana Inggeris – sekaligus bermakna akan beraksi di pertandingan UEFA Champions League pada musim hadapan.

Ketika ditanya sama ada kejayaan Chelsea kembali beraksi di saingan elit eropah itu pada musim akan datang bakal mempengaruhi keputusan beliau, ini jawapan Hazard:

“Tidak. Saya tidak fikir begitu. Saya telah membuat keputusan. Dan saya masih menanti.”

Chelsea masih berpeluang menamatkan saingan pada musim ini dengan trofi kejuaraan sekiranya berjaya menewaskan Arsenal di perlawanan akhir UEFA Europa League di Baku pada hujung bulan ini.

Hazard berharap beliau boleh mengumumkan mengenai keputusan beliau secara rasmi kepada penyokong Chelsea selepas perlawanan tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN