Norhakim Hassan Rehat Panjang, Fitri Omar Dalam Radar Satiananthan

Ketua jurulatih Selangor, B. Satiananthan, mengesahkan bahawa pemain beliau, Norhakim Hassan akan berehat panjang kerana kecederaan di bahagian lutut.

Menurut sumber, Satiananthan memberitahu bahawa Norhakim Hassan mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament ataupun ACL.

https://twitter.com/zulhilmibzainal/status/1216917624023482373

Lantaran itu, pengendali Gergasi Merah itu mahu mencari pemain yang mengisi tempat Norhakim Hassan bagi menghadapi musim baharu.

Dan pemain yang dikaitkan itu ialah Fitri Omar. Pemain yang pernah bermain di bawah kendalian Satiananthan ketika di Kelantan, dan juga ATM, pada suatu ketika dahulu.

Bercakap kepada Stadium Astro, Satiananthan berkata: “Pemain yang biasa bekerja dengan saya dulu adalah Fitri. Dia beraksi dengan dua pasukan di bawah kendalian saya.”

“Jadi, dia ada pengalaman, begitu juga dengan dua lagi pemain yang saya tidak mahu sebutkan. Namun, kata putus akan ditentukan pengurusan,” tambah beliau lagi.

Norhakim Hassan merupakan salah seorang daripada rekrut terbaru Selangor musim ini. Beliau memterai perjanjian 2 tahun dengan Gergasi Merah.

Kredit Foto: FA Selangor

Daripada kami di semuanyaBOLA, kami doakan, semoga cepat sembuh Norhakim Hassan.

Selangor kini dalam rangka persiapan untuk menghadapi musim baharu Liga Malaysia.

Mereka sedang bersiap sedia untuk kejohanan pra musim, Selangor Asia Challenge.

Selain daripada Selangor, cabaran pra musim ini juga turut disertai Persib Bandung, Hanoi FC dan juga True Bangkok United.

Ianya medan untuk Selangor memanaskan badan menjelang musim Liga Malaysia yang akan bermula pada bulan hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN