Norhafiz Zamani Misbah Kembali Menyertai Negeri Sembilan

Pengurus pasukan Negeri Sembilan, Mohd Khairolah Abdul Latif mengesahkan pemain pertahanan berpengalaman, Norhafiz Zamani Misbah sah akan menyarung jersi skuad Hobin Jang Hobin itu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.

Norhafiz yang kini sudah berusia 39 tahun pernah beraksi dengan skuad kebangsaan dan beberapa pasukan Liga Super seperti Pahang dan Kelantan. Khidmatnya amat ditagih untuk membimbing muka baharu dan pemain muda dalam pasukan Negeri Sembilan.

“Norhafiz yang pernah beraksi bersama Pahang, KL Plus dan Kelantan memeterai kontrak selama setahun dalam misi mengembalikan pasukan ke saingan Liga Super, musim depan,” katanya dalam Berita Harian

Aksi Norhafiz Zamani Misbah ketika mewakili negara menentang Australia.  (Photo by Mark Nolan/Getty Images)

Skuad Negeri Sembilan setakat ini sudah memuktamadkan senarai penuh 21 pemain tempatan dengan 10 pemain adalah anak jati negeri berkenaan.

Malah, mereka menyasarkan untuk berada dalam kelompok dua pasukan teratas Liga Premier musim ini untuk kembali ke Liga Super 2020.

“Bagi kuota import, kami mendapatkan khidmat pemain pertahanan, Matheus Fernandes Vila Real dari Brazil yang akan bergandingan bersama Norhafiz di posisi pertahanan.

“Pada masa sama, kami mendapatkan khidmat bekas pemain PDRM dan Kuantan FA, Shunsuke Nakatake dari Jepun yang akan memperkemaskan bahagian tengah,” jelasnya.

Khairolah turut menjelaskan baki dua pemain import akan ditentukan kemudian dan pasukan itu sedang menguji beberapa pemain lain.

Selain Norhafiz, NS akan dibarisi Mohamad Kaharuddin Abdul Rahman, Muhammad Hamka Daud, Mohamad Fadzley Abdul Rahim, R Aroon Kumar, Muhamad Danish Haziq Saipul Hashim, Osman Mohd Yusoff, Izzaq Izhan Yuswardi, L Kalaiharasan, Adam Othman Mohd Arfah dan Muhamad Ferris Danial Mat Nasir.

Melengkapkan senarai pemain tempatan ialah Mohammad Aiman Khalidi, Muhamad Asraf Roslan, G Durrkeswaran, Danial Hadri Effandi Jagan, Mohamad Ridzuan Abdollah Pula, Dzulfahmi Abdul Hadi, Abdul Halim Zainal, Mohd Fauzi Abdul Latif, Izuan Salehudin dan Azrul Nizam.

NS yang musim ini dibimbing jurulatih baharu, Mat Zan Mat Aris akan dibantu penolong jurulatih 1, Mohamad Zaki Shaikh Ahmad dan Azhar Dol sebagai jurulatih penjaga gol.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN