Lucas Paqueta Impikan Mahu Menjadi Seperti Kaka Di AC Milan

Pemain tengah, Lucas Paqueta percaya AC Milan boleh menjadi platform terbaik buat pemain muda kelahiran Brazil seperti dirinya untuk mengorak langkah menjadi bintang bola sepak terkenal dunia seperti Ricardo Kaka.

Paqueta, 21 tahun yang turut dikenali sebagai ‘New Kaka’ kerana kelincahannya dibahagian tengah pasukan kini sedang mencipta nama bersama AC Milan.

(Photo by Alexandre Schneider/Getty Images)
New Kaka

AC Milan berjaya mendapatkan khidmat Paqueta dari Flamengo dengan mencatatkan rekod pembelian termahal kelab itu selepas bersetuju membuat bayaran sebanyak AS$40.4 juta (RM168 juta) pada Oktober 2018.

Paqueta bersetuju dengan kontrak selama lima tahun bernilai AS$1.7 juta (RM7.07juta) untuk berpindah ke San Siro.

Perpindahan Paqueta dari Brazil ke Itali hanya boleh dilengkapkan pada Januari selepas jendela perpindahan pertengahan musim dibuka.

(Photo by Buda Mendes/Getty Images)
Mahu jadi seperti Kaka

Bercakap mengenai keterujaannya menyertai AC Milan, Paqueta akui dirinya amat bertuah kerana dapat mengikut jejak beberapa pemain hebat menyertai kelab terbaik dunia itu.

Menurut Paqueta, beliau juga mengakui dirinya mengimpikan untuk menjadi pemain hebat di San Siro seperti yang pernah dilakukan oleh Kaka satu ketika dahulu.

“Kaka adalah salah seorang idola saya dan impian saya adalah melakukan yang terbaik di Milan seperti yang dilakukan Kaka.”

“Walaupun ianya tidak adil untuk membuat perbandingan, antara kami berdua. Saya ingin melakukan tugas saya dengan sebaik mungkin [di AC Milan)].” tegas Paqueta.

Paqueta mendapat panggilan pertama menyertai skuad Brazil pada Ogos lalu bagi aksi persahabatan dengan Amerika Syarikat dan El Salvador.

Sebelum menyertai AC Milan, beliau sebelum ini turut menjadi sasaran beberapa kelab besar seperti, Barcelona, Liverpool, Paris Saint-Germain dan Manchester City.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN