Norfarhan Muhammad Tandatangan Kontrak Baru Dengan Kelantan

Pemain penyerang yang juga bekas penggempur skuad kebangsaan, Norfarhan Muhammad sah akan beraksi dengan Kelantan lagi musim hadapan. Berita gembira ini dikongsikan oleh laman facebook TRWFC.

Norfarhan Muhammad musim lalu banyak di bangku simpanan selepas bergelut dengan kecederaan yang memberikan impak kepada prestasi beliau.

Musim hadapan adalah peluang terbaik untuk penyerang yang akan berusia 33 tahun pada 2018 itu membuktikan kualiti beliau dan membalas kepercayaan KAFA serta penyokong Kelantan.

Sepanjang karier beliau, hanya PDRM sahaja pasukan di luar Pantai Timur disertai Norfarhan Muhammad. Beliau juga pernah beraksi dengan Terengganu dan T-Team.

Norfarhan Muhammad menandatangani kontrak baru itu di hadapan Presiden KAFA, Hajjah Bibi Ramjani Ilias Khan dan Setiausaha Agung KAFA Encik Husin Hj Deraman.

Bibi Ramjani gembira dengan persetujuan yang dicapai di antara KAFA dan Norfarhan. Ini kerana beliau masih yakin Norfarhan akan memberikan suntikan kualiti kepada pasukan Kelantan untuk bersaing di Liga Malaysia pada musim hadapan.

KELANTAN : Kelantan Player Mohd Nor (10)Farhan in action during Malaysia Super League match 2017 between Kelantan and Melaka on 21 February 2017 at Sultan Mohd IV Stadium. Photo by Hazmin Hussin / www.asiana.my

Bibi Ramjani juga menyifatkan pemain seperti Norfarhan akan dapat mencurahkan pengalaman beliau dalam membantu pemain-pemain muda dalam pasukan Kelantan.

Apa kata penyokong Kelantan dengan berita ini?

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN