Noor Al-Rawabdeh: “Kami Sudah Tentu Hormati JDT”

Pemain tengah import Selangor iaitu Noor Al-Rawabdeh menyatakan beliau ketika ini sangat menghormati Johor Darul Ta’zim (JDT) menerusi reputasi semasa dimiliki pasukan tersebut dalam kancah bola sepak Malaysia.

Walaupun begitu, beliau bersama rakan sepasukan lain tidak akan membenarkan pasukan lawan menghadapi aksi seterusnya ini dengan senang serta menyasarkan tiga mata untuk perlawanan tersebut.

Selangor bakal menghadapi cabaran getir di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada aksi seterusnya dalam saingan Liga Super 2023 dalam misi untuk terus mengumpul tiga mata walaupun sedar ianya sangat sukar.

Aksi yang bakal berlangsung pada hari esok itu dijangka sangat sengit dan sudah tentu bakal mendapat perhatian ramai penyokong bola sepak tempatan untuk melihat kesudahan daripada perlawanan tersebut.

Noor yang memulakan musim pertama beliau bersama Selangor di Malaysia kini tampil sebagai antara pemain yang sangat menyakinkan bersama The Red Giants menerusi persembahan berkualiti dipamerkannya di atas padang.

Pemain kebangsaan Jordan itu menyatakan beliau akan berjuang sehabis baik pada aksi tersebut untuk berhadapan JDT dan enggan untuk pulang dengan tangan kosong tanpa memperoleh sebarang mata.

Kata Noor, beliau juga akan memastikan rakan sepasukan lain dapat memberikan cabaran sengit pada aksi itu dalam usaha untuk mencipta keputusan positif di gelanggang lawan yang pastinya akan dihadiri ribuan penyokong setia Harimau Selatan.

“Kami sudah tentu hormat JDT tetapi bagi kami setiap perlawanan adalah tiga mata dan setiap perlawanan adalah penting.

“Kami perlu betul-betul bagus untuk berhadapan JDT serta semua sangat teruja untuk perlawanan ini,” katanya menerusi laporan telah dikeluarkan oleh Harian Metro.

Bersama Selangor, Noor telah pun membuktikan beliau mempunyai kelas tersendiri selaku pemain tengah selepas merekodkan lima gol serta satu bantuan jaringan daripada 15 perlawanan dihadapi dirinya.

Pada masa sama, pemain tengah berkualiti itu turut menyatakan fokus utama beliau kini adalah untuk memastikan Selangor terus konsisten di atas padang sebelum saingan Piala Malaysia bermula tidak lama lagi.

“Alhamdulillah, semua rakan pasukan saya bagus, kita hanya mahu fokus kepada perlawanan kerana setiap perlawanan adalah penting untuk mengekalkan keyakinan kami bagi meraih tiga mata dalam perlawanan seterusnya kekal di posisi sekarang dan juga sangat teruja untuk memulakan saingan di Piala Malaysia,” katanya lagi.

Untuk rekod pertemuan kedua pasukan tersebut musim ini, Selangor telah mencatat kekalahan besar 0-4 di tangan JDT ketika aksi berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN