Kelayakan Piala Dunia 2026: Malaysia Diundi Dalam Kumpulan Seimbang

Malaysia

Malaysia berdepan dengan cabaran yang seimbang dalam misi untuk cuba melayakkan diri ke Piala Dunia 2026 yang bakal diadakan di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada.

Dalam undian pusingan kelayakan Piala Dunia 2026 zon Asia yang diadakan di Bukit Jalil, Malaysia diundi dalam kumpulan D dan Harimau Malaya diundi bersama-sama Oman, Republik Krgyzstan dan juga pemenang pusingan pertama kelayakan antara Chinese Taipei dan juga Timor Leste.

Di atas kertas, hasil undian ini dilihat cukup seimbang dan ini boleh membuka jalan kepada Harimau Malaya bukan sahaja ke Piala Dunia tapi ke Piala Asia 2027 yang bakal diadakan di Arab Saudi.

Harus diingat, dua pasukan terbaik daripada sembilan kumpulan kelayakan pusingan kedua akan layak terus pusingan akhir Piala Asia 2027 sambil yang tewas ke pusingan ketiga kelayakan.

Berikut adalah undian penuh bagi pusingan kelayakan pertama dan kedua Piala Dunia 2026 zon Asia:

Kumpulan A

  • Qatar
  • India
  • Kuwait
  • Afganistan atau Mongolia

Kumpulan B

  • Jepun
  • Syria
  • Korea Utara
  • Myanmar atau Macau

Kumpulan C

  • Korea Selatan
  • China
  • Thailand
  • Singapura atau Guam

Kumpulan D

  • Oman
  • Republik Krgyzstan
  • MALAYSIA
  • Chinese Taipei atau Timor Leste

Kumpulan E

  • Iran
  • Uzbekistan
  • Turkmenistan
  • Hong Kong atau Bhutan

Kumpulan F

  • Iraq
  • Vietnam
  • Filipina
  • Indonesia atau Brunei

Kumpulan G

  • Arab Saudi
  • Jordan
  • Tajikistan
  • Kemboja atau Pakistan

Kumpulan H

  • Emeriah Arab Bersatu
  • Bahrain
  • Yaman atau Sri Lanka
  • Nepal atau Laos

Kumpulan I

  • Australia
  • Palestin
  • Lubnan
  • Maldives atau Bangladesh

GAMBAR: Shah Amirul – Semuanya BOLA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN