“No More Secret” – Bekas CEO Sabah FC Dedah Penyelewengan Punca Kehadirannya Tidak Disenangi

“No more secret” – Bekas Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Sabah FC, Datuk Verdon Bahanda mendedahkan penyelewengan yang berlaku seperti didedahkan sebuah portal online baru-baru ini adalah punca mengapa ada pihak tidak senang akan kehadiran beliau di kelab tersebut sebelum ini.

Baru-baru ini sebuah portal online, Borneo Today mendedahkan bagaimana penyelewengan kewangan berlaku di kelab tersebut, termasuk bagaimana pertukaran pemain import dilakukan untuk tujuan ‘mark-up’ gaji, sekaligus membenarkan pihak-pihak tertentu menyalurkan duit ke dalam poket sendiri.

Laporan sama daripada portal online itu turut mendedahkan bagaimana pembelian alatan LED dan Catapult diperolehi dengan harga tidak masuk akal dan melebihi nilai pasaran.

Perkara itu bagaimanapun dinafikan oleh Sabah FC melalui satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kelab itu baru-baru ini.

Malah pihak Sabah FC berkata mereka bersedia disiasat dan mahukan pihak yang melakukan dakwaan menampilkan bukti penyelewengan, atau berhadapan dengan tindakan undang-undang sekiranya dakwaan liar terus dilakukan.

Dalam satu muat naik di Facebook beliau hari ini, Vernon mendedahkan mengapa beliau meninggalkan kelab itu pada awal musim ini.

“No more secret!!! Antara perkara yang menyebabkan ramai yang tidak mahu kehadiran saya dalam Sabag FC dahulu dan memaksa saya keluar bagi mengelakkan saya melakukan pembersihan,” tulis Vernon.

Turut dikongsikan Vernon melalui muat naik tersebut ialah pautan artikel asal oleh Borneo Today.

Pada tahun lalu Vernon yang merupakan seorang ahli perniagaan adalah individu yang memiliki 70% pegangan di dalam Sabah Football Club Sdn Bhd.

Namun selepas hanya kira-kira dua minggu menjadi pemilik Sabah Football Club Sdn Bhd (Sabah FC), Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pengarahnya, Datuk Verdon Bahanda mengejutkan ramai dengan melepaskan tanggungjawabnya itu dalam syarikat pasukan berkenaan.

Perkara itu berlaku selepas satu pertemuan dengan dengan Pemangku Presiden (kini Presiden) Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Seri Bung Moktar Radin, yang memaklumkan kepada beliau keputusan SAFA untuk merombak kepemimpinan badan induk itu dan Sabah FC.

Dalam pertemuan dengan Ahli Parlimen Kinabatangan itu, Vernon turut dimaklumkan SAFA akan membayar balik semua perbelanjaan yang telah keluarkan sepanjang tempoh mentadbir pasukan itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN