Sebagai tanda penghargaan 25 tahun Totti berkhidmat untuk Roma, Nike telah mengeluarkan but khas untuk Francesco Totti.
26 aprile, piazza San Lorenzo in Lucina: vi presenterò Tiempo Totti X Roma, la scarpa che rappresenta me e il mio amore eterno per Roma! pic.twitter.com/0xUUEs6t5b
— Francesco Totti (@Totti) April 24, 2017
But yang diberikan nama Nike Tiempo Totti X Roma ini adalah keluaran khas dan terhad oleh pengeluar gergasi barangan sukan itu.
But yang berwarna emas dan disulam dengan sedikit warna hitam kelihatan sangat elegan.
But itu akan ditayangkan kepada umum oleh Totti sendiri pada Rabu di kedai rantaian rasmi AS Roma di Plazza San Lorenzo, Rome.
The limited edition Nike Tiempo Totti X Roma boot is finished in a demure and understated gold hue, and will be officially unveiled by the man himself at the AS Roma store in Piazza San Lorenzo, Rome, on Wednesday.
But ini juga akan digunakan oleh Francesco Totti ketika Derby della Capitale menentang Lazio pada 30 April ini.
Namun tidak pasti beliau boleh bermain pada hari itu. Cuma pihak Nike berharap lagenda Roma itu akan dapat muncul di atas padang dalam perlawanan Derby della Capitalle itu nanti.
Jadi, jika anda peminat Francesco Totti, ianya satu barangan ekslusif yang menjadi idaman anda.
AS Roma kini di tangga ke-2 Serie A. Dibezakan dengan 8 mata dari Juventus. Misi mereka untuk mencabar Juventus nampak agak sukar.
Namun Roma mahu memastikan tempat ke-2 dalam gengggaman untuk layak secara automatik ke UCL musim hadapan.
Baca juga: Biar Jasa Allahyarham Datuk Paduka Ahmad Basri Akil Jadi Kenangan