Nidzam Jamil Puji Semangat Pemain FELDA United Bangkit Daripada Ketinggalan

Ketua jurulatih Felda United,Nidzam Jamil meluahkan rasa puas hati beliau terhadap prestasi anak buahnya yang tidak mudah putus asa dan bangkit menyamakan kedudukan kepada 1-1 ketika menentang Terengganu FC semlam.

Skuad The Fighters yang kini menghuni kedudukan tercorot dalam Liga Super tidak boleh kehilangan mata lagi dalam perlawanan yang seterusnya kerana berisiko tersingkir ke Liga Premier musim depan.

“Saya akui Felda United bagus dari segi membuat ‘come back’… Pemain muda juga bijak beraksi pada perlawanan ini walaupun bermain dalam tekanan kerana kedudukan kami yang berada di tangga tercorot buat masa ini.

“Beberapa perubahan taktikal perlu dilakukan sepanjang perlawanan termasuk memasukkan penyerang import Kei Ikeda kerana dia tahu apa yang perlu dilakukan jika kita ketinggalan,” katanya seperti dipetik dalam  Stadium Astro

Dalam perlawanan itu, jaringan daripada pemain import Jepun, Kei Ikeda dua minit sebelum waktu permainan tamat menyelamatkan FELDA United daripada menghadapi kekalahan buat kali ketiga berturut-turut.

Jaringan penyamaan daripada Kei Ikeda. FOTO: FELDA United

Bagaimanapun, Nidzam turut menjelaskan beliau terpaksa menurunkan Hadin Azman yang baru pulih daripada kecederaan selepas kehilangan khidmat Khairul Amri yang terpaksa berehat selama 6 minggu.

“Kami terpaksa (menurunkan Hadin) dan berharap keadaannya baik serta tidak lagi dibelenggu kecederaan kerana kami amat memerlukan beliau semasa menentang Pahang di Stadium Darul Makmur selepas ini,” katanya.

Sementara itu, pengendali Terengganu, Mohd Nafuzi Mahammad Zain, menyifatkan aksi pasukan itu semakin baik walaupun sekadar mencatat keputusan seri.

“Kami berjaya menguasai permainan dan mencipta beberapa peluang sebelum menjaringkan gol.

“Namun mungkin akibat kurang konsentrasi dan Felda United memiliki serangan yang berbahaya, kita dihukum pada minit-minit akhir dengan gol penyamaan,” ujar Nafuzi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN