Nidzam Jamil Puji Kualiti Pemain Import Baharu Selangor

Pengendali baharu Selangor musim ini, Nidzam Jamil tampil berpuas hati dengan prestasi semasa ditampilkan Selangor sebelum saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2023/2025 bermula tidak lama lagi.

Terdahulu, Nidzam dilantik selaku jurulatih utama The Red Giants untuk membawa cabaran pasukan tersebut di pentas domestik serta kejohanan Asia yang turut akan berlangsung.

Musim ini, beberapa perubahan telah dibuat Selangor dengan membabitkan ramai muka baharu turut menyertai mereka termasuk pemain import dari serata negara.

Setelah kehilangan khidmat penyerang berbisa pada tahun lalu iaitu Ayron Del Valle, menjadi satu tanggungjawab untuk Selangor mendapatkan pengganti baharu yang turut tajam di hadapan gawang gol.

Kemunculan bintang import baharu iaitu Alvin Fortes jelas menjadi suatu kelegaan buat kem Selangor, apabila pemain tersebut sudah mula membuktikannya di hadapan gawang gol.

Penyerang kebangsaan Cape Verde itu telah meledak beberapa gol ketika aksi pramusim dan terbaharu menyumbang kepada dua jaringan ketika The Red Giants menewaskan DPMM dari Brunei untuk memastikan kemenangan besar 4-0 terhasil dalam saingan Asia Challenge 2024.

“Bagus untuk dia (Fortes) di pramusim ini sebab sudah terlibat dalam pembinaan serangan dan menjaringkan beberapa gol.

“Ini penting untuk dia kerana dia tunjukkan dia serasi dengan liga dan bukan hanya serasi dengan rakan sepasukan.

“Dia pernah bermain di Liga Thailand jadi ianya lebih kurang dengan Liga Malaysia cuba berbeza sedikit dari segi budaya.

“Saya sangat gembira dengannya kerana dia bekerja keras dan tunjuk sikap yang sama dalam latihan.

“Dalam aksi ini dia berjaya buktikan kemampuannya dan sangat baik untuknya,” kata Nidzam Jamil mengenai pemain tersebut menerusi laporan telah dikeluarkan oleh Harian Metro.

Sebelum menyertai saingan di Asia Tenggara, pemain kebangsaan Cape Verde itu juga sempat beraksi di Uzbekistan beraksi dalam saingan O’zbekiston Superligasi, Uzbekistan Cup termasuklah AFC Champions League (ACL) bersama FC AGMK.

Pemain berusia 29 tahun itu boleh dianggap sangat menyerlah di Thailand selepas beliau mewakili Nongbua FC serta Ratchaburi bersama rekod jaringan cukup menyakinkan.

Selangor menjadi pasukan pertama diwakili Fortes di Malaysia dan pemain tersebut dijangka bakal mencuri tumpuan sebaik sahaja saingan liga bermula nanti.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN