Ini Reaksi Jurgen Klopp Selepas Hampir ‘Dibelasah’ Salah Dari Tepi Padang

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp nampaknya sedang mengharungi minggu-minggu terakhir beliau bersama kelab tersebut dengan begitu sukar, apabila terbaharu dirinya hampir diserang penyerang berbisa pasukan itu sendiri, Mohamed Salah.

Kejadian itu jelas menjadi sangat tular ketika ini di media sosial dengan pelbagai andaian dibuat oleh peminat bola sepak seluruh dunia mengenai keganasan cuba dibuat salah kepada Klopp.

Kejadian itu berlaku pada perlawanan sebentar tadi dalam saingan English Premier League (EPL) dengan gergasi dari England itu sekadar mencatat keputusan seri 2-2 sewaktu menentang West Ham United.

Salah yang sekadar memanaskan bangku simpanan pada awal perlawanan ketika itu sedang sedia dibawa masuk untuk menggantikan Luis Diaz bagi memperkukuhkan aspek serangan.

Namun, West Ham United tampil meledak gol penyamaan ketika pada minit ke-77 menerusi ledakan Michail Antonio untuk bangkit daripada ketinggalan 1-2 di Stadium London ketika itu.

Tidak lama kemudian, situasi mula berubah di tepi padang dengan kamera perlawanan terarah kepada satu kejadian panas membabitkan Klopp bersama Salah.

Salah yang ketika itu berang cuba untuk mendekati Klopp sebelum penyerang berharga The Reds iaitu Darwin Nunez menghalang Salah membuat sesuatu di luar akal.

Ketika ditanya mengenai insiden tersebut, Klopp enggan mengulas dengan lebih lanjut sambil menyatakan mereka sudah menyelesaikannya di bilik persalinan.

“Tidak, tetapi kami sudah bercakap mengenai perkara tersebut di bilik persalinan dan pada saya ianya sudah pun selesai,” ulas Klopp menerusi laporan dikeluarkan oleh Sportbible.

Prestasi Liverpool ketika ini boleh dianggap sangat terumbang ambing daripada segi keputusan serta pretasi mereka di atas padang sehingga menimbulkan pelbagai kritikan dalam kalangan pemerhati bola sepak dunia.

Malah prestasi Salah sendiri diakui sangat merosot dan ramai merasakan masa depan beliau bersama kelab gergasi England itu mungkin akan tamat pada penghujung musim ini.

Rekod menyaksikan Salah gagal meledak sebarang gol sejak empat perlawanan lalu di saingan EPL sehingga aksi terbaharu menyaksikan beliau sekadar berada di bangku simpanan.

Pada pandangan anda, apakah punca sebenad perselisihan faham antara Salah dan Klopp di tepi padang sehingga hampir membawa kepada pergaduhan?

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN