M. Karathu Mahu Pemain B-23 ‘Wajib’ Beraksi Kerap Dalam Saingan Liga Super

Datuk M. Karathu yang juga merupakan jurulatih berpengalaman di Malaysia tampil memberi pandangan beliau tersendiri mengenai masa depan para pemain kebangsaan bawah 23 (B-23).

Terdahulu, skuad kebangsaan B-23 tampil dengan rekod cukup mengecewakan ketika mereka mengharungi saingan Piala Asia B-23 yang berlangsung di Qatar.

Apa tidaknya, Malaysia B-23 tampil menjadi antara pasukan yang pulang lebih awal dalam kejohanan tersebut ekoran kegagalan mereka untuk memungut sebarang mata daripada tiga perlawanan dihadapi untuk peringkat Kumpulan D.

Secara keseluruhan, Malaysia hanya meledak satu gol sahaja sepanjang kejohanan berlangsung selain mereka menampilkan aksi cukup mengecewakan dalam kalangan peminat.

Tatkala negara di Asia Tenggara lain seperti Vietnam dan Indonesia semakin membangun dalam dunia bola sepak, Harimau Malaya B-23 pula seolah masih mencari-cari jalan terbaik untuk cuba mencabar pentas antarabangsa.

Maka tidak hairan ramai penyokong negara tampil meluahkan rasa kecewa mereka selepas melihat prestasi para pemain muda kebangsaan kini yang suatu hari nanti bakal beraksi buat pasukan senior Malaysia.

Melihat kepada isu tersebut, Karathu turut tampil memberi pandangan serta cadangan berguna mengenai masa depan para pemain muda negara untuk tampil lebih baik suatu ketika di pentas antarabangsa dalam kejohanan akan datang.

“Saya berpandangan (Persatuan Bolasepak Malaysia) FAM perlu wajib meletakkan syarat supaya pemain B-23 wajib bermain dalam perlawanan. Kalau boleh wajibkan dua pemain B-23, seorang mesti main dan bila nak tukar pun wajib tukar dengan B-23 juga.

“Dulu kita pernah buat undang-undang macam ini, jadi kenapa kita tak boleh buat sekarang. Saya faham, bila kelab sudah tandatangan pemain import dan pemain senior yang bergaji tinggi, jurulatih terpaksa bagi mereka main.

“Tapi kalau kita tak buat syarat wajib macam itu, sampai bila-bila pun pemain B-23 takkan dapat peluang beraksi atas padang.

“Bagi saya pemain B-23 yang dipilih sudah tentu ada potensi, kalau tidak mereka takkan masuk dalam pasukan. Jadi peluang perlu diberikan, untuk pastikan peluang ada kena perlu letak undang-undang supaya jurulatih ikut,” kata beliau menerusi laporan Harian Metro.

Pada masa sama, Karathu turut menegur supaya FAM serta Liga Bolasepak Malaysia (MFL) perlu lebih bertegas demi mengutamakan agenda negara berbanding buat kuota pemain import sahaja.

“Kalau sekarang boleh letak syarat sampai lapan hingga sembilan pemain import dalam Liga M, kenapa tak boleh letak syarat wajib seorang pemain B-23 wajib bermain dan ditukarkan juga dengan B-23.

“Kalau ini dibuat, pemain kita akan dapat pengalaman dan boleh matangkan permainan mereka. Pengarah Teknikal FAM (Scott O’Donell) kata dalam kenyataan, pemain muda kita tak cukup minit permainan.

“Jadi inilah langkah dan cadang untuk pastikan pemain muda kita dapat minit. Kalau tak ada syarat wajib, mesti kelab-kelab takkan bagi peluang dan akhirnya kita takkan maju seperti Indonesia yang sudah ke depan,” kata beliau akhir sekali.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN