Nidzam Jamil Akui Reziq Faham ‘Budaya’ Taktikal Di Malaysia

Pengendali Selangor, Nidzam Jamil jelas berpuas hati dengan impak diberikan oleh penyerang import baharu mereka pada musim ini iaitu Reziq Bani Hani ketika berdepan cabaran Kedah Darul Aman (Kedah).

Reziq menjadi antara pemain terbaharu Selangor yang telah pun mencipta penampilan sulung buat pasukan itu bersama kualiti permainan yang cukup menyakinkan.

Pada usia masih muda, Reziq memulakan karier beliau di Malaysia buat pertama kali selaku penyerang import Selangor untuk bersama rakan senior, Noor Al-Rawabdeh.

Hasilnya tidak mengecewakan apabila Reziq berjaya mempamerkan kualiti permainan yang sangat baik pada aksi sulung beliau ketika berdepan Kedah tempoh hari.

Walaupun dibawa masuk pada pertengahan separuh masa kedua bagi menggantikan khidmat Yohandry Orozco, pemain berusia 22 tahun itu tidak memerlukan masa lama untuk menarik perhatian ramai penyokong pada aksi tersebut.

Mengulas tentang aksi pemain itu, Nidzam akui sangat gembira dengan perkembangan Reziq kerana melihat corak permainan di Malaysia bersesuaian buat beliau ketika ini.

“Saya suka dengan tempo yang dia bagi, di negara ini apa sahaja tempo yang anda beri jikalau anda ke hadapan dan menyerang penyokong akan sentiasa menyokong di belakang anda.

“Jadi ini sangat penting juga kepada dia (Reziq), untuk faham budaya taktikal di sini dan sekali lagi saya sangat gembira dengan prestasi ini kerana dia berjaya menukar satu perkara iaitu tempo” kata Nidzam menerusi laporan Harian Metro.

Reziq menjadi antara pertaruhan penting buat Jordan B-23 sepanjang mereka beraksi di Qatar dengan beliau dibawa turun sebanyak dua kali pada pusingan Kumpulan A.

Pada usia 22 tahun, pemain ini sebenarnya telah pun mendapat tumpuan besar ketika di Jordan kerana diletakkan selaku Kapten untuk pasukan kebangsaan menerusi ciri kepimpinan dimiliki.

Malah, Reziq juga sudah pun terbiasa dalam saingan AFC Champions League (ACL) ketika bersama pasukan lamanya, Al Faisaly yang dianggap mampu untuk memberi pengalaman terbaik buat The Red Giants.

Pada masa sama, Reziq sendiri teruja kerana sumbangannya telah membantu Selangor untuk meraih kemenangan pertama musim ini bagi mengatasi Kedah dalam aksi Liga Super.

“Saya sangat gembira dengan pasukan ini, kami ibarat keluarga dan mereka menyambut saya seperti keluarga yang sudah lama disini.

“Saya juga sangat teruja dengan penyokong kelab ini dan saya berharap mereka dapat datang setiap perlawanan kerana masih banyak yang saya ingin tunjukkan,” katanya pula.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN