Kim Pan-gon: “Kami Cuba Untuk Dapatkan Pemain Terbaik”

Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon tampil optimis untuk mempersiapkan barisan pemain terbaik pilihannya bagi mengharungi saingan Mitsubishi Cup Electric ASEAN 2024 yang akan bermula nanti.

Terdahulu, Malaysia telah pun diletakkan dalam Kumpulan A bersama Thailand, Singapura, Kemboja, serta Brunei atau Timor Leste yang akan ditentukan beraksi dalam kejohanan tersebut.

Majlis undian itu telah diadakan di Hanoi, Vietnam dan menampilkan negara-negara lain dari Asia Tenggara untuk mengikuti kejohanan tersebut.

Turut berada pada majlis undian tersebut merupakan Datuk Haji Hamidin Mohd Amin yang merupakan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) serta Kim sendiri selaku pengendali utama Harimau Malaya.

Melihat kepada kedudukan Malaysia di Kumpulan A, Kim menyatakan beliau akan cuba sebaik mungkin untuk mempersiapkan pasukan bagi kejohanan itu.

Malah pengendali dari Korea Selatan itu juga menganggap undian kali ini sebagai sesuatu yang menarik selepas melihat lawan bakal dihadapi Malaysia nanti.

“Undian yang boleh saya katakan sangat menarik apabila kami bakal bertemu juara bertahan, Thailand selain negara jiran iaitu Singapura, Kemboja serta pasukan lain nanti.

“Kami akan cuba untuk mendapatkan pemain terbaik demi membentuk pasukan terbaik untuk mengharungi kejohanan tersebut,” ujar Kim menerusi laporan telah dikeluarkan oleh FAM.

Selain Malaysia, di Kumpulan B pula menyaksikan naib juara musim lalu iaitu Vietnam bakal berdepan cabaran daripada Indonesia, Filipina, Myanmar, serta Laos.

Secara keseluruhan, undian kali ini dianggap sangat seimbang kerana kedua kumpulan memiliki kelebihan tersendiri untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

Edisi lalu menyaksikan Malaysia terkandas di pentas separuh akhir kepada Thailand menerusi agregat 1-3 dan pastinya Kim mempunyai sasaran tersendiri untuk cuba melayakkan diri ke pusingan akhir.

Walaupun gagal melayakkan diri ke pentas akhir, Malaysia turut mendapat anugerah Fair Play pada kejohanan tersebut setelah menampilkan aksi positif sepanjang kejohanan berlangsung.

Bagi edisi kali ini, dijangka lebih ramai muka-muka baharu bakal diperkenalkan Kim selepas beliau melakukannya pada saingan lalu dan menaikkan nama pemain seperti Haqimi Azim serta Stuart Wilkin.

Sumber:
FAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN