Piala Malaysia: Nidzam Adzha Tak Akan Guna Paulo Rangel Lagi

Jurulatih Kedah, Nidzam Adzha tidak lagi akan menggunakan pemain penyerang import dari Brazil iaitu Paulo Rangel selepas ini.

Menurut Berita Harian, Nidzam kini tidak lagi mahu menggunakan penyerang tersebut untuk baki saingan unifi Piala Malaysia selepas ini.

Walaupun masa depan Rangel bersama pasukan Hijau Kuning itu sudah tidak lagi cerah, nasib beliau bersama pasukan Kedah hanya akan ditentukan secara muktamad oleh pihak atasan.

Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) hanya akan melakukan satu keputusan muktamad mengenai Rangel selepas ini apabila telah mengambil kira segala aspek.

“Banyak faktor yang perlu diambil kira demi kepentingan pasukan.”

“Hal ini ditambah pula dengan keadaan prestasi Kedah yang tidak baik sekarang ini.”

Kedah jelas mengalami kempen Piala Malaysia yang cukup sukar apabila hanya mampu mengutip 1 mata sahaja dari 2 perlawanan.

Mereka hanya mampu menjaringkan 1 gol sementara bolos 5 gol – semuanya diperoleh dalam perlawanan menentang JDT di Larkin.

Nidzam jelas dalam pendirian beliau apabila melihat tindakan tidak profesional Rangel sebelum ini.

Beliau yang tidak diletakkan dalam kesebelasan utama ketika menentang JDT tidak mahu menyertai skuad dalam memanaskan badan.

Selain itu, beliau tidak menunjukkan rasa hormat terhadap barisan kejurulatihan Kedah ketika dalam perlawanan tersebut.

KFA memberikan jaminan mereka tidak akan berkompromi dalam isu disiplin melibatkan para pemain dalam skuad Kedah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN