Nidzam Adha Dipilih Sebagai Pembantu Jurulatih Melaka United

Nidzam

Jurulatih baharu skuad Melaka United, Zainal Abidin Hassan membuat keputusan untuk memilih bekas pengendali Kedah, Nidzam Adzha Yusoff sebagai pembantunya bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Perkembangan ini disahkan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), Datuk Mohd Yusoff Mahadi yang menjelaskan dalam Berita Harian, pemilihan Nidzam selaku pembantu jurulatih Melaka United (MU) dilakukan sendiri oleh Zainal selepas perjumpaan dengan pengurusan tertinggi pasukan itu yang berlangsung sebelum ini.

Katanya Nidzam sudah pun bertemu wakil MUSA beberapa hari lalu untuk berbincang mengenai kontraknya. Nidzam sebelum ini direhatkan oleh Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) ekoran prestasi skuad helang merah yang tidak konsisten pada musim ini.

Malah, tindakan itu mengundang respon tidak puas hati daripada pemain import Kedah musim ini, Liridon Krasniqi melalui satu muat naik di laman instagram yang mendakwa jurulatih itu sebagai pengecut.

Yusoff Mahadi terkejut dengan pemilihan Nidzam sebagai pembantu Zainal

Sementara itu, Yusoff Mahadi mengakui terperanjat apabila Zainal Abidin memilih Nidzam sebagai pembantunya kerana bekas jurulatih Kedah itu mempunyai reputasi yang tinggi dan berpengalaman luas.

“Saya terperanjat apabila nama Nidzam diutarakan oleh Zainal namun saya akui ini adalah satu gandingan yang mantap apabila dua nama besar bergabung untuk mengendalikan MU.

“Sebagai pengurusan, kami tidak menolak permintaannya kerana kita tidak boleh meletakkan individu sembarangan sebagai pembantu jurulatih. Sudah tentu Zainal memerlukan individu yang boleh bekerjasama dengannya.

“Kedua-duanya pernah membawa pasukan terdahulu merangkul kejayaan jadi saya optimis mereka mampu melakukannya bersama MU. Zainal meletakkan kepercayaan bahawa Nidzam mampu untuk membantunya mengemudi pasukan ini ke arah yang lebih baik,” katanya.

Melaka United yang sebelum ini dibimbing oleh E. Elavarasan menamatkan saingan Liga Super musim di tangga ketujuh selepas mengumpulkan 31 mata menerusi sembilan kemenangan dan empat keputusan seri. 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN