Penyokong Myanmar Cedera Diserang Oleh Sekumpulan Penyokong Malaysia

Disebalik kejayaan Malaysia menempah tiket ke perlawanan separuh akhir Piala Suzuki AFF selepas menewaskan Myanmar, 3-0 semalam, berlaku insiden yang tidak disenangi apabila sekumpulan penyokong Myanmar telah diserang selepas tamat perlawanan.

Menurut satu laporan daripada portal berita dari Vietnam, TTVN penyokong Myanmar mendakwa kejadian itu berlaku ketika mereka sedang menunggu kenderaan untuk pulang ke rumah masing-masing.

Penyokong Myanmar menunjukkan kawasan kejadian. FOTO: TTVN

20 orang penyokong Myanmar ini kemudian diserang secara fizikal oleh 30 penyokong Malaysia sehingga menyebabkan seorang wanita dalam kalangan penyokong Myanmar tersebut mengalami kecederaan dan terpaksa dibawa ke hospital.

Sumber dari Fox Sports turut melaporkan salah seorang daripada penyokong Malaysia menjerit “babi” sehingga menyebabkan beberapa penyokong Myanmar lari lintang pukang menyelamatkan diri daripada serangan mereka.

Salah seorang daripada penyokong Myanmar yang mengalami kecederaan. FOTO: TTVN

Penyokong wanita Myanmar mengalami kecederaan serius

Difahamkan wanita tersebut telah ditendang oleh 3 orang lelaki Malaysia sehingga mengalami kecederaan dalaman yang serius dan memerlukan rawatan lanjut.

Malah, penyerang tersebut turut mengambil kesempatan merampas beberapa telefon bimbit milik sekumpulan penyokong Myanmar tersebut.

“Sangat teruk. Insiden ini berlaku setiap kali kami menyaksikan perlawanan menentang Malaysia walaupun kami kalah,” kata salah seorang daripada penyokong Myanmar tersebut seperti dipetik dalam Fox Sports.

“Kami telah melaporkan kepada pihak polis mengenai kejadian ini tetapi mereka memberitahu penyokong Myanmar yang telah memulakan dahulu serangan itu. Mereka mengarahkan kami pulang ke rumah secepat mungkin.

“Kalau Myanmar menang malam ini (semalam), kami mungkin akan dibunuh. Saya harap abang saya kembali pulih daripada kecederaan itu,” katanya.

Penyokong yang cedera menerima rawatan daripada doktor tempatan. FOTO: TTVN

Semalam, Malaysia menewaskan Myanmar di hadapan lebih 83, 000 penyokong di Stadium Nasional Bukit Jalil hasil daripada jaringan Norshahrul Idlan Talaha dan 2 gol daripada Zaquan Adha. Ia merupakan rekod kehadian tertinggi di kejohanan Piala AFF setakat ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN