Nicolas Velez Tinggalkan Suphanburi FC Untuk Sertai Negeri Sembilan

Pemain dari Argentina, Nicolas Velez sah akan meninggalkan kelab liga utama Thailand, Suphanburi FC untuk menyertai pasukan Liga Super yang baru dinaikkan iaitu Negeri Sembilan menurut kenyataan rasmi dari laman facebook Nicolas Velez.

Velez memulakan kerjaya bolasepaknya dengan akademi River Plate dan kemudian menyertai pasukan rival kelab itu, CA Huracan.

Walaubagaimanapun, beliau jarang dapat tempat dalam skuad itu dan mengambil keputusan untuk berhijrah ke Sepanyol menyertai kelab Atletico Sanluqueno CF pada tahun 2013.

Pemain berusia 27 tahun ini kemudiannya mencari angin baru di asia tenggara dengan menyertai kelab liga singapore, Warriors FC pada tahun 2014.

Beliau juga mempunyai pengalaman beraksi dengan kelab dari India, North East United dan seterusnya menyertai kelab Thailand, Suphanburi FC.

Velez telah menjaringkan 13 gol dalam 28 penampilan ketika beraksi dalam saingan Liga Utama Thailand musim ini.

Selain Nicolas Velez, Negeri Sembilan berjaya menandatangani pemain skuad kebangsaan Singapore, Madhu Mohana.

Bercakap kepada media Singapore, Madhu mengesahkan akan beraksi di Liga Malaysia musim hadapan.

“Saya gembira untuk bersama Negeri Sembilan, satu pasukan yang mempunyai sejarah kejayaan, dan pernah memenangi Piala Malaysia pada tahun 2009 dan 2011.

“Walaupun mereka baru kembali ke MSL, kita akan melakukan semua yang kita boleh untuk pergi sejauh mungkin dalam setiap perlawanan yang kita lalui.

“Saya masih ingat persaingan sengit antara pasukan Malaysia dan saya teruja untuk memulakan perjalanan baru ini dan membuktikan kekuatan saya dalam liga luar,” ujar beliau.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN