Nicola Berti Mahu Inter Milan Halang Mauro Icardi Sertai Real Madrid

Legenda Nerazzurri, Nicola Berti (gambar bawah) berkata bahawa penyerang sensasi Inter Milan iaitu, Mauro Icardi mempunyai kemungkinan berhijrah ke Real Madrid bila-bila masa sahaja, jika disunting gergasi Sepanyol itu.

Prestasi Icardi pada musim ini amat menakjubkan. Selepas 15 perlawanan di Serie A, Icardi telah menjaringkan 16 gol, dan merupakan antara pemain yang memberi peranan kepada prestasi semasa Inter Milan di kedudukan teratas Serie A.

(Photo by Claudio Villa – Inter/Inter via Getty Images)

Oleh kerana itu, Nicola Berti menasihatkan agar pihak pengurusan Inter Milan, segera mengambil langkah sewajarnya bagi mengekalkan pemain yang berasal dari Argentina itu terus berada di San Siro.

Ketika ditanya mengenai khabar angin mengenai kemungkinan perpindahan Icardi ke Real Madrid oleh Gazzetta dello Sport, ini jawapan Nicola Berti:

“Real Madrid dijangka akan aktif di jendela perpindahan Januari akan datang, mengambil kira prestasi semasa mereka sejak awal musim. Pada pendapat saya, pemain dengan kualiti yang dimiliki oleh  Icardi tidak boleh dijual kepada mereka.”

“Mereka (Inter Milan) harus meningkatkan nilai klausa perpindahan menjelang Januari akan datang. Langkah ini mampu membuatkan mereka Los Blancos memikirkan kembali niat mereka.”

(Photo by Marco Canoniero/LightRocket via Getty Images)

Khabar angin mengenai hasrat Real Madrid untuk membawa masuk seorang penyerang baru ke Estadio Santiago Bernabeu bagi pada Januari akan datang semakin kencang sejak akhir-akhir ini.

Nama Mauro Icardi merupakan antara nama yang dikatakan telah menarik minat pengurus juara eropah itu, Zinedine Zidane untuk menjadi pengganti kepada Karim Benzema.

Prestasi hambar Los Blancos sejak permulaan musim, sering menjadi tanda tanya . Selepas 14 perlawanan, skuad kendalian  Zidane berada di tangga ke-4 La Liga dan hanya dipisahkan dengan Sevilla di kedudukan ke-5 dengan perbezaan jaringan.

Ketumpulan barisan serangan merupakan faktor utama kelemahan pasukan itu ketika ini, selepas hanya menjaringkan 25 gol, berbanding Barcelona yang sudah mengumpul 36 jaringan setakat ini.

(Photo by VI Images via Getty Images)

Tindakan Zidane membenarkan Alvaro Morata untuk ke Chelsea tanpa membawa pengganti kepada pemain tersebut, turut mengundang kritikan di kalangan pemerhati bola sepak di Sepanyol.

Dalam pada itu, media di Sepanyol turut telah melaporkan spekulasi tentang kehadiran Icardi di Madrid, untuk tujuan ujian kesihatan menjelan jendela perpindahan pada 1 Januari akan datang.

Calciomercato.com berkata Los Blancos dikatakan telah bersetuju membawa Icardi dengan nilai perpindahan sebanyak £70 juta.

Bagaimanapun Mauro Icardi menafikan laporan tersebut sambil menegaskan  bahawa dirinya gembira bersama Inter Milan ketika ini.

Mauro Icardi dipetik sebagai berkata kepada Gazzetta dello Sport baru-baru ini:

“Ujian kesihatan bersama Real Madrid? Ianya tidak masuk akal. Bukan masa yang sesuai untuk bercakap hal seperti ini . Saya ingin jelaskan, bahawa saya gembira di Milan.”

(Photo by Emilio Andreoli/Getty Images)

“Semua orang mengetahui kegembiraan saya. Saya sayang akan bandar ini. Saya diberi peluang bermain setiap perlawanan dan saya juga diberi tanggunjawab sebagai ketua pasukan. Ia adalah sesuatu yang penting untuk saya.”

Marco Icardi menyertai Inter Milan sejak musim 2013-14. Prestasi Icardi bersama Inter Milan pada musim ini adalah satu fenomena. Jumlah jaringan 16 gol setakat ini, sudah pun menyamai jumlah keseluruhan jaringan beliau di dalam Serie A pada 2015/16.

Musim lalu, Icardi menjaringkan 24 gol untuk kelab Milan tersebut, dan dijangka akan terus menjadi senjata utama Inter Milan untuk mengejar kejuaraan Serie A pada musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN